Hiburan
Drake Rugi Jutaan Ringgit Mike Tyson Kalah Bertarung Dengan YouTuber
Kisah kekalahan legenda tinju dunia, Mike Tyson di tangan pempengaruh YouTuber yang bertukar menjadi peninju profesional, Jake Paul yang berlangsung di Stadium AT&T, Arlington, Texas, Amerika Syarikat masih menjadi buah mulut.
BERITA TRENDING: Drake Dilempar Telefon Bimbit Waktu Syok Buat Persembahan
Peminat bercakap tentang pertarungan yang menyifatkan Tyson, 58, sebagai sudah tidak cergas sementara lawannya muda dan berakhir dengan keputusan sebulat suara daripada juri selepas lapan pusingan yang memihak kepada Paul, 27.
Keputusan itu membuat ramai peminat Tyson kecewa. Ini termasuklah rapper Drake.
Drake yang terkenal dengan sikap suka bertaruh dalam kebanyakan pertandingan sukan telah mengalami kerugian selepas Tyson tewas di tangan Paul.
Rapper berusia 38 tahun itu sebelum perlawanan bermula telah mengumumkan bertaruh Tyson akan menang.