Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Dua Jurujual Maut, MPV Terbabas Langgar Lopak aIR

Gempak 18/11/2024 | 04:25 MYT

Dua jurujual maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama dua lagi rakannya melanggar lopak air sebelum terbabas dan merempuh pokok.

BERITA BERIKAITAN:Pegawai Kadet UPNM Ditekap Seterika: ATM Sahkan Kes Sedang Dalam Siasatan

BERITA BERIKAITAN:Tak Kering Gusi! Phua Chu Kang Bergelak-Tawa Di Kuala Lumpur, Peminat Pula Dapat Hadiah Ikan Emas, Ayam & Vakum Rumah

BERITA BERIKAITAN:Tak Kering Gusi! Phua Chu Kang Bergelak-Tawa Di Kuala Lumpur, Peminat Pula Dapat Hadiah Ikan Emas, Ayam & Vakum Rumah

Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 45 jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kampung Pasir Putih Merchang, Marang, kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad.

Mangsa maut dikenali sebagai Ahmad Farid Izwan Mohd, 24, dan rakannya Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, ketika kejadian kenderaan dinaiki mangsa dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu.
Menurutnya, kenderaan jenis Nissan Grand Livina itu terlanggar lopak air di selekoh lalu terbabas sebelum merempuh pokok yang berada di kiri jalan.

"Kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemandu kenderaan, Muhammad Shafiq Aizad Yusaini, 26, serta penumpang hadapan, Muhammad Razlan Rashidi Abd Razak, 19, cedera di bahagian kepala dan lengan.
"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#Maut #Air #Langgar #Lopak
;