,
Hiburan

Tak Kering Gusi! Phua Chu Kang Bergelak-Tawa Di Kuala Lumpur, Peminat Pula Dapat Hadiah Ikan Emas, Ayam & Vakum Rumah

Ainun
27/10/2024
12:55 MYT
Sebut nama Phua Chu Kang pasti akan mengimbau memori zaman kanak-kanak bagi yang membesar dengan karakter ikonik berkasut but kuning.
Watak sitkom popular Singapura ini sekali lagi mencipta sejarah menerusi pementasan The Greatest Showman Phua Chu Kang di HGH Convention Center, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.
Pementasan dimulakan dengan paparan perjalanan kejayaan watak Phua Chu Kang, yang tidak hanya terkenal di Singapura tetapi juga di Malaysia. Phua Chu Kang masuk ke pentas dengan menaiki motor berkuasa besar!
Persembahan diteruskan dengan nyanyian Russell Curtis yang mendendangkan lagu tema filem The Greatest Showman bersama penari-penari hebat sebagai pembukaan.
Phua Chu Kang, atau nama sebenarnya Gurmit Singh, tidak putus interaksi dengan lebih 2,500 penonton yang hadir. Lawak-lawak spontan dan mencuit hati memeriahkan suasana, dengan sesi game bersama penonton.
Ada beberapa penonton bertuah membawa pulang hadiah lucu seperti ikan emas, ayam dalam sangkar, dan vakum rumah.
Acara diteruskan dengan persembahan komedi stand-up oleh Russell Curtis, menampilkan lawak-lawak berkenaan budaya campuran dan pengalaman keluarga India di Malaysia.
Turut mencuri perhatian, nyanyian lagu 24K Magic (Bruno Mars) sambil mengajak penonton menyanyi bersama.
Acara malam tersebut diteruskan dengan persembahan Rizal Van Geyzel, menyorot kisah hidup berbilang kaum serta pengalamannya beraksi di Manila, Filipina.
Pementasan malam pertama The Greatest Showman Phua Chu Kang berakhir dengan persembahan lagu I Got The Feeling oleh Phua Chu Kang dan Russell Curtis.
“Terima kasih kepada anda semua kerana hadir ke pementasan The Greatest Showman Phua Chu Kang pada malam ini. Selamat pulang dan selamat malam kami ucapkan kepada anda semua!” katanya.

BERITA TRENDING: Ariel Noah Bosan Menyanyi, 10 Bulan Habiskan Masa Di Rumah

BERITA TRENDING: Baim Wong Tuduh Curang, Paula Verhoeven: “Sebagai Isteri Saya Banyak Kekurangan…”

BERITA TRENDING: Bapa MK K-Clique Meninggal Dunia - “Mohon Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Bapa Saya”

BERITA TRENDING: Perintis Sitkom Terkenal, Othman Hafsham Dinobatkan Sebagai Tokoh, Ini Senarai Penuh Keputusan Pemenang ASA 2024

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pementasan Phua Chu Kang: The Greatest Show Man Bakal Jadi Pentas Komedi Terbaik Tahun Ini, Jualan Tiket Bermula RM100

gempak
13/09/2024
14:25 MYT
Sitkom terbaik sepanjang masa, Phua Chu Kang, mula ditayangkan dari tahun 1997 hingga 2007 dan telah mencapai sebanyak 167 episod sepanjang tempoh siarannya.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.
Hiburan

“Jantung Saya Berhenti Berfungsi”- Phua Chu Kang Kongsi Detik Cemas Hampir Mati

gempak
11/09/2024
10:25 MYT
Pelawak terkenal, Gurmit Singh atau lebih dikenali sebagai Phua Chu Kang mendedahkan dirinya punyai masalah kesihatan yang serius suatu ketika dahulu.
Laman Utama

"Langkah Menyita Tanpa Notis Bertulis Adalah Prejudis & Tak Adil" - Crackhouse Comedy Club Dakwa Disabotaj, Mohon Tarik Balik Penggantungan Lesen Operasi

gempak
12/07/2022
07:55 MYT
Crackhouse Comedy Club tampil dengan kenyataan media.
Dun Dukun