Viral
Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kehadiran kereta Honda yang sedang memecut di laluan paling kanan.
Namun, kereta Waja dari laluan tengah secara tiba-tiba masuk ke sebelah kanan dan lambat memberi signal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Waja himpit Honda
Walaupun berjaya dipotong, kereta Waja tidak semena-mena telah menghimpit dan sengaja melanggar bahagian depan kereta Honda itu.
Ekoran tidak mahu mengalah, berlaku aksi pelanggaran antara satu sama lain di tengah-tengah lebuh raya tersebut.
Waja terbabas
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemandu waja apabila kereta yang dipandu hilang kawalan sehingga terbabas ke bahagian tepi jalan lalu terbalik.
Sementara pemilik dashcam pula berhenti di tepi jalan lalu meluru ke arah pemandu dengan keadaan marah dan terus pergi ke arah kereta waja yang terbalik jauh di belakang.
Netizen bincang
Dalam pada itu, berdasarkan video yang tular itu netizen turut berbincang mengenai siapa yang salah san meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap kedua-dua pemandu yang tidak mahu mengalah sehingga berlakunya kemalangan.
“Berdasarkan 20 tahun pengalaman atas jln raya, aku tetapkan waja yang salah. Owner dashcam tgh konvoi dgn waja.
“tapi saya salahkan dua-dua sebab tunjukkan sikap “BODOH”, ingat orang tersayang. Jalan raya bukan tempat untuk berlumba.
“Atas jalan raya ni satu je kena terapkan dalam otak, rendahkan ego. Kalau semua jenis sibuk nak ikut kepala sendiri memang banyak lah kemalangan
“Punca pergaduhan? Both drivers. Punca accident? Waja. Waja touch si Honda dulu,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis tiada lagi sebarang laporan penuh daripada pihak polis berhubung kejadian ini.