Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Dua Tahun Tak Ada Tawaran Berlakon, Mimi Ernida Sebak Kongsi Pengalaman Lalui Fasa ‘Struggle’ - “Sampai La Satu Tahap, Bila Orang…”

Asyikin Mayudin 19/09/2024 | 04:55 MYT
Pelakon Mimi Ernida mendedahkan dia pernah melalui fasa kekecewaan disebabkan tidak menerima sebarang tawaran berlakon selama dua tahun.

Bangkit semula

Mimi menerusi video temu bual yang dikongsikan di IG Hlive berkata dia bagaimanapun kembali bangkit dengan mengusahakan perniagaan sendiri dan menjadikan bidang lakonan sebagai sumber pendapatan alternatif.

“Saya pernah berada di peringkat kekecewaan, saya dah rasa dah. Kita tak pernah la sampai tahap berdepan masalah mental tapi pernah la satu ketika itu rasa sedih.

“Mungkin waktu itu tak matang lagi, umur 20-an dan kerap bertanya pada diri kenapa. Sekarang dah tak ada (perasaan kecewa) sebab saya pun dah ada perniagaan sendiri,” kata Mimi.

Tertanya pada diri

Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 34 tahun berkata dia menjadi tertanya-tanya pada dirinya apabila menerima tawaran berlakon.

“Saya pernah berhenti sekejap dan fokus pada perniagaan saja, dalam beberapa tahun juga. Sampai la satu tahap, bila orang panggil saya shooting, saya jadi macam terfikir diri sendiri ‘kenapa panggil?’.

“Masa kita di fasa struggle itu kenapa tak panggil saya. Bila dah berniaga, banyak masa di media sosial, orang panggil (berlakon), kita ada rasa ‘kenapa panggil?’,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Bukan Copy Ori Ni, Memang Sebijik!” – Ramai Puji Mimi Ernida Sama Macam Alia Bhatt!

Dalam pada itu, Mimi turut meluahkan rasa teruja apabila bakal beraksi untuk pementasan teater buat pertama kali menerusi Cinta Ahmad Mutawakkil.

Teater Cinta Ahmad Mutawakkil dianjurkan sempena Festival Budaya Putrajaya 2024 yang bakal berlangsung 20 hingga 22 September ini.

#Lakonan #Tawaran Berlakon #Mimi Ernida #Tak tawaran
;