Hiburan
“This Dude Is Prettier Than Mira Filzah” – Rambut Panjang Ben Amir Dapat Pujian Netizen
Pelakon Ben Amir menerima pujian netizen apabila dikatakan pandai menjaga rambut panjangnya yang kelihatan sihat dan lebat.
Menerusi Instagramnya, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 29, berkongsi beberapa keping foto babak drama terbaru gandingan Bersama aktres Mira Filzah bagi tujuan promosi.
Selain netizen teruja menantikan kemunculan drama itu, nampaknya rambut Ben yang terlebih dahulu mencuri perhatian.
Tampil dengan stail ‘ponytail’ dan ‘man bun’, ramai memuji kecantikan rambut pelakon itu yang kelihatan seperti watak dalam anime atau yakuza!
Di Twitter juga, wajah dan rambut Ben dikatakan lebih cantik dan ayu berbanding Mira.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada yang meminta Ben untuk mengekalkan gaya rambut panjang ini kerana bersesuaian dengan bentuk mukanya.
“Ben you look like this one Japanese heartthrob... Like seriously!” tulis seorang netizen
“Your hairstyle suit you well. Don’t change it,” komen seorang netizen tentang penampilan Ben.
“Tak sabar betul nak tengok, rambut Ben tu mahal,” ujar seorang netizen yang teruja menunggu drama terbarunya itu.
“Elok pulakk aku tngok rambut mamat niii,” puji seorang netizen lagi.
Drama berjudul Sweet Dreams gandingan Ben dan Mira itu merupakan arahan Michael Ang.
Drama yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Acik Lana itu akan menemui penonton Ogos nanti di slot Megadrama Astro Ria.