Laman Utama
“Duduk Rumah Panjang Kaum Kelabit, Makan, Menyanyi” – Rindu Sarawak, Faizdickie Kongsi Momen Manis Di Borneo
Personaliti media sosial, Faizdickie mengimbas kembali kenangan manis sewaktu berkunjung ke negeri Sarawak.
Menerusi posting di akaun Instagramnya, Faiz atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal berkongsi cerita mengenai kemeriahan dan pengalaman sepanjang menetap di rumah panjang.
“Bangun pagi ni abang perasan ramai orang-orang Sarawak marah-marah. Saya sedikit keliru sebab berdasarkan pengalaman abang bertemu dan menetap di rumah panjang Kaum Kelabit, mereka adalah antara orang-orang yang paling baik! Izinkan saya berkongsi pengalaman saya:
1. Sejujurnya abang baru dua kali ke Sarawak iaitu ke Bintulu (masa kerja wartawan) dan ke Bario, sewaktu buat program amal dengan IM4U. Untuk pengetahuan, Sarawak lah negeri yang paling abang tak biasa.
2. Sebaik mendarat, Bario sangat cantik! Sejuk, hijau dan memang kampung lah - kampung in a very good way. Tenang je rasa.
3. Abang duduk dekat rumah panjang Kaum Kelabit. Sampai-sampai je dorang bagi makan yang sedap gila. They went extra miles to prepare halal food for us. Ayam apa ntah yang dalam buluh tu. Dapp!
4. Kerja amal berjalan dengan lancar. Cuma tiba-tiba kaki abang cedera tak boleh jalan. Pergi klinik desa dan terpaksa pakai tongkat.
5. Ingat lagi, masa tengah bertongkat nak naik rumah panjang, abang tergolek dan nenek Kaum Kelabit yang host kami tu ternampak. Punyalah dia menjerit minta anak-anak buah dia tolong abang.
6. Malam terakhir dekat sana, dorang ada buat majlis makan ramai-ramai, nyanyi-nyanyi. Kemudian nenek ni panggil abang, lepas itu ramai makcik-makcik Kaum Kelabit yang lain berdiri keliling kemudian menyanyi satu lagu yang ala-ala sedih.
7. Abang tanya kat liason lagu tu pasal apa, dia kata nenek tu macam berdoa agar cucuku (abang) cepat sembuh. Serius waktu itu nak nangis rasa bayangkan ramai-ramai orang yang tak kenal doakan kau. Lepas itu nenek tu bagi rantai manik yang abang pakai dekat gambar nombor 1. Sampai sekarang abang simpan lagi. Huhu
8. Masa dekat lapangan terbang Bario, pakcik ni datang borak sebab dia nampak abang atas kerusi roda. Dia jaga abang sampai la take off.
Apa yang saya cuba sampaikan, Sarawakians yang abang jumpa dan kenal sangat-sangat baik dan saya yakin yang lain pun sama.
Benar, ada orang tersalah langkah dan terpost benda yang tak sepatutnya. Benar, anda berhak untuk marah. Tetapi percayalah, ada ramai lagi yang appreciate your (or rather, OUR) beautiful culture.
To the rest of us, go out and meet people. Dengan cara itu baru kita boleh appreciate and respect the beauty in each other’s cultures. Dah jangan gaduh-gaduh ya, tak best la,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut berkongsi keindahan budaya dan juga orang-orang di Borneo.
Terdahulu, personaliti media sosial iaitu Ryzal Ibrahim menjadi perhatian apabila didakwa mempersendakan pakaian tradisonal Iban.
Ryzal pada Rabu telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.
Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
Bagaimanapun, Ryzal tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya dan menutup ruangan komen.
Malah Faye Kusairi dan Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang meluahkan kekesalan terhadap video biadab yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi.
Ryzal sebelum ini pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.
#Personaliti Media Sosial
#Faizdickie
#Sarawak
#Borneo
#Kaum Kelabit
#Pengalaman Di Sarawak
#Pulau Borneo
#Rindu Sarawak
#Rumah Panjang