Nusantara
"Dulu Bising Kata Saya Pandai-Pandai Keluarkan Hukum, Hari Ni..." - Wan Dazrin Gembira, Tempelak Balik Netizen Sokong Lathi Challenge
Pendakwah bebas Wan Dazrin tampil menempelak semula netizen yang mengecamnya selepas mengeluarkan kenyataan berhubung Lathi Challenge sebelum ini.
Kata Wan Dazrin, kebenaran akhirnya ditunjukkan selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman Abdullah menyifatkan Lathi Challenge bertentangan akidah Islam.
"Dulu mereka bising saya pandai-pandai keluarkan hukum, padahal cuma berikan nasihat.
"Dan saya sabar sebab tak mahu melawan. Hari ini, Allah swt tunjukkan.
"Ketika saya bersabar, rupanya Allah swt dah aturkan untuk saya di masa depan.
"Hari ini semua yang bising itu diam dan buat-buat tak nampak," tulis Wan Dazrin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Wan Dazrin, biarpun tiada autoriti untuk menegaskan lebih lanjut, dia gembira apabila Lathi Challenge itu diharamkan.
"Walaupun posisi saya tidak valid untuk menyatakan hukum dari segi authority tapi jika nak dibahaskan dengan dalil, kita boleh pergi jauh, membincangkan mengapa ‘Lathi Challenge’ sesuai diharamkan.
"Saya ada sebut dulu, boleh lihat dari jalur hadith, & fekah juga. Banyak sudut.
"Tapi apa-apa pun, saya ‘Happy’ sangat untuk kenyataan yang telah dikeluarkan ini.
"Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Moga kita semua tak sia-siakan waktu dengan buat benda-benda macam tu.
"Selesai dah tugas saya. Moga Allah swt redha dengan usaha kita semua yang menjaga tanda-tanda Islam dalam diri masing-masing," tambahnya.
Kecoh sebelum ini apabila kenyataan Wan Dazrin mengenai Lathi Challenge yang punyai unsur syirik dan bertentangan agama Islam dibidas ramai hingga menarik perhatian pencipta lagu Lathi itu sendiri, Weird Genius.
BACA: “Hanya Nasihat, Tak Pernah Tuduh Budaya…” - Lathi Challenge, Da’i Wan Mohon Maaf Pada Orang Jawa
Katanya, teguran Wan Dazrin dianggap mengejek budaya Jawa dan berani bertaruh untuk memadamkan trek lagu dan muzik video Lathi di semua platform penstriman digital seandainya kenyataan pendakwah itu benar.