Viral

“Dulu Orang Selalu Cakap Muay Thai Tak Dapat Jadikan Kerjaya” - Reward Diri, Jojo Ghazali Beli Jam Tangan Rolex

Gempak
25/05/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Dulu Orang Selalu Cakap Muay Thai Tak Dapat Jadikan Kerjaya” - Reward Diri, Jojo Ghazali Beli Jam Tangan Rolex
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang ingin dicapai, apatah lagi jika kedua-duanya mampu memberikan jalur kehidupan yang lebih baik dari karier mahupun kewangan.
Mungkin itu yang dilalui oleh atlet Muay Thai, Muhammad Johan Ghazali atau lebih dikenali dengan ‘nama pentas’ Jojo Ghazali.

Muay Thai

Sungguhpun baru berusia 18 tahun, nama Jojo kini mula menjadi sebutan lebih-lebih lagi apabila dia meraih pelbagai kejayaan manis sepanjang berkarier sebagai atlet Muay Thai.
Justeru, tidak hairanlah jika Jojo ingin mengambil peluang berbelanja mewah untuk dirinya sendiri dengan membeli seutas jam tangan berjenama Rolex.
Momen itu diabadikan menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.
@johanghazali A reward to myself alhamdullilah. Dulu orang selalu cakap muaythai takdapat jadikan kerjaya, alhamdullilah sekarang semua terdiam. ??❤️#johanghazali #fyp ♬ original sound - EX7STENCE™
Menerusi ruangan kapsyen, Jojo meluahkan rasa bersyukur dan meletakkan kejayaannya sekarang adalah berpandukan minatnya yang mendalam terhadap sukan Muay Thai yang pada dahulunya dipandang ‘rendah’ oleh sesetengah orang.

“A reward to myself alhamdulillah. Dulu orang selalu cakap Muay Thai tak dapat jadikan kerjaya, alhamdulillah sekarang semua terdiam,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, difahamkan, jam tangan tersebut berharga sekitar RM73,000.
Pada akhir 2023, Jojo dinobatkan sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
Pengiktirafan tersebut diumumkan selepas Jojo mempamerkan aksi luar biasa sepanjang saingan musim berkenaan.

Kejayaan

Jojo malah disifatkan ONE Championship sebagai satu fenomena terbesar yang telah dicatatkan oleh petarung dengan usia hanya baru 17 tahun.
Petarung yang berasal dari Sarawak ini menjadi sensasi selepas menumbangkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship.
Dia mencipta sejarah apabila menumbangkan Tabares dengan tumbukan padu dalam tempoh 36 saat pertarungan bermula!
Dan itu bukan satu-satunya rekod yang pernah dicipta Jojo. Pada Februari 2023, Jojo menumbangkan Padetsuk Fairtex dari Thailand dengan masa terpantas hanya 16 saat pada kemunculan sulung di arena ONE Championship ketika usianya hanya 16 tahun.
Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Jojo Ghazali Disifatkan Fenomena, Dinobat Breakout Star of The Year oleh ONE Championship

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Rendahkan Geng Pesilat, Ini Komen Johan Ghazali - “Saya Tidak Pernah Nak Jatuhkan Mana-Mana Sukan Yang Lain”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar