Hiburan
“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Bakat Tak Dipandang, Fizikal Dihina
Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini bersyukur akhirnya dia dapat membuktikan kepada semua apabila berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
“Ia mengingatkan saya 13 tahun yang lalu dimana orang tak terima langsung bakat saya sebab saya tak cantik, badan saya gemuk.
“Tapi saya cakap pada diri saya, sebenarnya rezeki ini milik Allah. Tak kisah apa yang orang cakap pada saya tapi saya dah buat yang terbaik.
“Alhamdulillah orang buka mata,” kongsinya kepada Gempak.
Bijak Atur Langkah Kehadapan
Enggan lagi memandang ke belakang, pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu mahu terus bergerak kehadapan dan berusaha melakukan yang terbaik.“Orang cakap, nak menjadi anak seni itu bukan mudah. Saya banyak lalui benda-benda susah.
“Saya pernah ditipu dan banyak cerita-cerita sedih yang saya lalui.
“Saya tak mahu pandang belakang lagi, terus ke hadapan,” tutupnya.
Terdahulu, Nadeera tidak mampu menahan sebak apabila berjaya melangkah ke pentas AJL39 dengan lagu nyanyiannya Bukan Lagi Kita.