Berita

"Dulu Umi Tak Bagi Naik Motor" - Umur 29 Baru Nak Ambil Lesen Motosikal, Wan Najdi Kecewa Gagal Ujian JPJ

ZULHILMI JALIL
25/09/2020
06:36 MYT
Sponsor Banner
"Dulu Umi Tak Bagi Naik Motor" - Umur 29 Baru Nak Ambil Lesen Motosikal, Wan Najdi Kecewa Gagal Ujian JPJ
Penyanyi nasyid, Wan Najdi meluahkan rasa kecewa apabila percubaannya untuk memiliki lesen motosikal buat pertama kali dalam hidupnya tidak berjaya.
Menurut Najdi, 29, dia gagal dalam ujian bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dilaluinya pada hari ini.
"Gagal bersebab. Aku datang tak gementar. Tiba-tiba orang depan aku gementar, belakang aku lagilah menggelupur.
"Lalu titi cantik lepas, kon pun cantik, sampai di kawasan brek kecemasan. Ada tiga kotak, aku brek, hujung-hujung terlepas garisan. 'Okay gagal' (suara pegawai JPJ). Jangan terlalu yakin, jangan gelojoh," katanya yang menjelaskan punca kegagalannya menerusi satu entri di Instagram.
Najdi turut berkongsi laporan keputusan penilaian yang memaparkan dirinya gagal dalam ujian tersebut.
A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on
Terdahulu, dalam satu entri berasingan, Najdi mengakui dia tidak pernah mempunyai lesen motosikal selama hayatnya.
"Selama saya hidup tak pernah ada lesen motor. Dah tua baru boleh ambil.
"Dulu umi tak bagi naik motor, bawa di kampung pun berapa kali kemalangan. Haha kantoi bawa secara haram," ceritanya.
Di ruangan komen, rata-rata 'membahan' Najdi dengan mempertikaikan kemampuannya menunggang motosikal sehingga tidak mampu lulus ujian JPJ yang dianggap mudah.
"Nampak sangat jarang bawa motosikal.
"Tak perlu buat lesen dah, bawa motor pun gagal.
"Apa ni ustaz, saya sekali jalam je dah lulus. Mungkin mereka tak puas lagi jumpa ustaz tu, cuba lagi,"
"Kau hari-hari bawa rakit ke? Sampai boleh gagal," komen sebahagian pengikutnya.
A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar