Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

Umirah Halim 20/09/2024 | 07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.

Tak setuju pendapat

Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform Thread, individu terbabit tidak bersetuju dengan pandangan Diana walaupun dirinya mengidolakan pelakon drama Gol dan Gincu itu.

Menurut perunding hartanah itu, walaupun rumah tersebut bersaiz kecil tetapi nilainya akan meningkat dari tahun ke tahun.
“Ni pelakon idola saya, maaf Diana Danielle, berpelajaran tidak semestinya awak pakar dalam sesuatu bidang. Saya tak setuju dengan kenyataan awak.
“Saya nak tambah sikit rumah besar kotak kasut, tapi harga separuh juta pada tahun 2024. Boleh awak bayangkan lepas tahun 2030? Besar kotak tisu tapi harga dah juta? Possiblity it will happen. Sebab apa? Saya bagi contohlah.
“Dulu nilai RM50 besarkan. Boleh beli macam-macam tapi sekarang RM50 boleh beli satu-dua benda saja,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

BERITA TRENDING: Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

BERITA TRENDING: “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

Malah, perunding hartanah itu juga berpendapat rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia dan merupakan satu aset serta pelaburan jangka masa panjang.
“Rumah ini, keperluan asas. Tak beli, kena sewa. Jadi awak nak tunggu harga rumah macam mana dan berapa tahun lagi untuk beli?

BERITA TRENDING: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura,

​BERITA TRENDING: Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti

“Emas dan rumah adalah aset dan berbeza dengan liabiliti. Aset ini beli hari ini, untung kemudian. Liabiliti beli hari ini tapi esok nak jual hargda dah jatuh. Makin lama makin tak ada nilai kereta tu tapi rumah makin lama, makin naik nilai,” jelasnya lagi.
Terdahulu, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu meluahkan pendapat bahawa dia tidak bercadang untuk membeli rumah di Malaysia kerana saiznya yang kecil dan mahal malah bimbang akan berdepan kesukaran untuk menjualnya kelak.
Diana kemudian memberitahu dia lebih memilih untuk melabur dengan membeli emas berbanding rumah.
Sumber: Platform Thread

#Malaysia #Mahal #Rumah #Diana #Danielle #saiz kotak
;