,
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

Asyikin Mayudin
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.

Kelihatan tenang

Malah Adira turut memberitahu, Fazura kelihatan baik dan tenang di lokasi penggambaran biarpun ketika ini rumah tangga aktres itu bersama suami, Fattah Amin sedang diuji.

"Dekat set (lokasi penggambaran) dia (Fazura) sangat okay, dia macam saya tak tunjuk masalah kepada orang,” kata Adira.

Adira berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama bekas suami iaitu Datuk Red.

Tak gemar kongsi

Sementara itu, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu berkata, Adira tidak gemar berkongsi masalah dengan mana-mana individu termasuk keluarganya sendiri.

"Itu dah bahagian dia (Fazura), Adira sudah melalui apa yang dia lalui. Kita tidak berada dalam kasut dia (situasi). Kita semua tak tahu siapa yang bersalah.

"Tapi memang betul, Adira dulu pun tak cerita masalah dia dengan sesiapa termasuk ibunya sendiri. Jangan kata wartawan, pengurus atau adik-beradik, ibunya sendiri tak tahu apa-apa,” katanya.
Sejak minggu lalu, isu rumah tangga Fattah dan Fazura menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”
Fazura dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat lalu.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
@ayu_klang Apa yg fazura alami sekarang,Ami tengah lalui #fyp #abgred #datored #adirasuhaimi #adira #artist #cerai #fazura #ami ♬ original sound - Ayu Strong women
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kecantikan & Kelembutan Adik Fattah Amin Jadi Perhatian - “Cantiknya Dia, Sopan, Soft Spoken Sama Macam Abang”

gempak
07/11/2024
13:55 MYT
Adik kepada pelakon, Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan kini menjadi perhatian netizen selepas muncul dalam satu temu bual bersama ibunya baru-baru ini.
Hiburan

“Setiap Hari Saya Fikirkan Kamu” - Fattah Amin Luah Rasa Rindu Fatima

gempak
07/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Fattah Amin berkongsi sepotong video anaknya, Nur Fatima Aisya sedang seronok bermain sambil mengenakan pakaian tradisional India di halaman rumah.
Hiburan

“Semoga Dah Masuk Industri Hiburan Ini, Kena Pandai Jaga Diri, Tak Tinggal Solat Dan…” - Ibu Titip Pesanan Buat Fattah Amin

gempak
07/11/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon Fattah Amin, Azizah Abdul Ghani mengakui pada mulanya dia terkejut apabila mengetahui anaknya menjadi seorang selebriti.
Hiburan

“Tak Harap Dia Nyanyi Seperti Kris Dayanti, Tapi Dalam Tone Yang Betul” - Rashidi Ishak Cadang Fazura Cari Guru Vokal, Nyanyian Boleh Diperbaiki

gempak
06/11/2024
09:25 MYT
Pelakon, Rashidi Ishak mencadangkan aktres, Nur Fazura mencari guru vokal bagi memperbaiki mutu nyanyiannya itu supaya menjadi lebih bagus.
Hiburan

Nyanyian Dikritik Netizen, Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura - “Korang Maki Dapat Apa? Istighfar Banyak-Banyak”

gempak
06/11/2024
04:25 MYT
Pelakon Abby Abadi tampil mempertahankan penyanyi dan aktres, Nur Fazura yang menyanyikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.
Unitar