Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Elfira Loy Terpaksa ‘Serah Diri’ Kepada Doktor - “Sakitnya Tak Boleh Dibawa Bincang Macam Nak Beranak…”

Asyikin Mayudin 09/09/2023 | 09:50 MYT

Niat asal mahu membawa anak perempuannya iaitu Nur Aria Mikayla jalani pemeriksaan, bertukar menjadi lain apabila pelakon Elfira Loy terpaksa serah diri kepada doktor disebabkan masalah kesihatannya.

Menerusi perkongsian di laman Instastory, Elfira memberitahu dia mengalami sakit kepala yang teruk (migraine) dan kesakitan pada seluruh badannya.

“Mula-mula mommy nak bawa Aria check up tapi sebab mommy tak tahan sangat, mommy pun masuk saja, suruh Dr check jap.

“Migraine + whole body aches. Mommy cannot function,” kongsi Elfira.

Pada perkongsian yang sama, Elfira memaklumkan dia hanya mampu untuk makan ubat tahan sakit memandangkan dirinya mempunyai masalah gastrik.

“Dr nak inject tak boleh sebab ada gastrik, jadi ubat tahan sakit saja la.

“Sakitnya tak boleh dibawa bincang yah kayak mau beranak dulu. Duduk sakit diri sakit baring pun sakit,” kata Elfira lagi.

Bagaimanapun, Elfira turut menegaskan kesakitan yang dialami bukan disebabkan sedang hamil sebaliknya mengalami gastrik yang teruk.

Untuk info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris atau Muhammad Farsis Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Pasangan itu turut dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Rayyan Khalaf, tiga tahun dan Nur Aria Mikayla yang sudah berusia setahun.

BACA SINI: Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

#Elfira Loy #Elfira #Anak Elfira #Elfira sakit
;