Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

Asyikin Mayudin 07/09/2024 | 01:25 MYT
Pelakon Emma Maembong mendakwa dia pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.

Tengah seronok di pusat karaoke

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia bersama beberapa rakan artis sedang berseronok di sebuah pusat karaoke

ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Terlibat Aktiviti ‘Swinger’, Ini Jawapan Emma Maembong - “Saya Anggap Dakwaan Itu Hanya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Elyzza Nafi Hasut Emma Maembong Buka Tudung - "Kalau Tak Tahu Cerita, Tolong Jangan ..."

Namun, secara tiba-tiba dia menjerit dan meracau selepas membaca kapsyen panjang lebar yang didakwa merupakan mantera.

“Ada satu hari saya pergi karaoke dengan beberapa kawan artis termasuk pembantu peribadi. Masa kawan lain sedang menyanyi, saya duduk main telefon, tiba-tiba ada seorang lelaki ‘tag’ gambar saya di sosial media, Instagram.

“Apa yang peliknya, kapsyen pada gambar tersebut sangat panjang. Saya sudah mula rasa pelik dan mahu baca apa kapsyen yang ditulis panjang sangat tentang saya.

“Apabila sampai ayat ‘dengan nama Nabi Muhammad aku terbalikkan dan di atas nama Allah aku seru…’, tiba-tiba saya termenung macam sudah terkena mantera (pukau).

“Saya terus meracau, mengilai, muka saya basah, saya menjerit. Yang saya ingat ada dua kawan saya pegang tangan. Pembantu saya dah mula menangis. Mereka semua jerit ‘Emma sedar… sedar’,” kongsinya.

Emma mendedahkan mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Sembang Seram yang dikendalikan oleh Safwan Nazri.

Ganggu di majlis perkahwinan

Tidak terhenti di situ, Emma mendakwa pelaku tersebut turut mengganggunya di majlis perkahwinan kakaknya.

“Pelaku itu lelaki dan dia merupakan salah seorang ahli kelab peminat saya. Dia juga pernah datang ke majlis perkahwinan kakak saya. Saya nampak dia lalu di hadapan saya di majlis tersebut.

“Saya jadi cemas dan terus panggil kawan-kawan lain, mereka kepung saya. Salah seorang ahli kelab peminat saya berjumpa dengan dia dan tanya siapa jemput datang majlis perkahwinan.

“Tiada pilihan, telefon polis dan halang dia dari masuk kawasan majlis. Tahu tak dia buat apa? Dia ‘selfie’ gambar, kemudian ‘upload’ dan ‘tag’ saya. Dia kata, ‘hari ini, hari kau, satu hari nanti kau datang melutut dekat aku’.

“Memang saya jadi takut gila dengan kejadian itu. Sejak daripada hari itu, saya banyak kali berdepan gangguan misteri yang sangat teruk,” ujarnya lagi.

undefined
#Emma Maembong #peminat #Santau #Rasuk #mengilai #Emma kena santau #Emma rasuk #Meracau
;