Enggan Jaja Kisah Cerai, Irma Hasmie Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir - “Ia Terlalu Privasi”
Enggan Jaja Kisah Cerai
Menurut Irma, dia enggan terus menjaja kisah perceraiannya kepada umum kerana tahu ia bakal mengundang spekulasi tidak benar.
“Sebenarnya apa yang saya jawab, orang masih buat spekulasi, lebih baik saya ambil pendekatan diam dari berkata apa-apa.
“Biarpun kita cakap perkara yang betul pun, orang tetap komen, walaupun perkara itu betul atau tidak, ia tetap akan ada komen dan pandangan orang,” katanya kepada Gempak.
Kenyataan Dibuat Rakan
Mengulas mengenai perceraian yang dikongsikan oleh sahabat baiknya, Reen Emran menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Irma memaklumkan perkara tersebut berlaku di luar kawalannya.
“Itu juga di luar kawalan saya sebenarnya, sudah tentu orang yang terdekat dengan saya mengetahui perkara sebenar.
“Jadi begitulah kadang-kadang kawan sendiri pun saya tak dapat nak kawal. Itu saja yang berlaku. Jadi mungkin mereka rasa mereka jalankan tanggungjawab sebagai sahabat.
“Alhamdulillah, anak-anak okey, Insya-Allah. Saya syukur sangat-sangat mereka baik-baik belaka semuanya,” katanya.
Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.