HIBURAN
Erra Fazira Kembali Ke Twitter, Ramai Pula Yang Teruja
Teruja sungguh warga Twitter apabila primadona kesayangan ramai, Erra Fazira kembali aktif di laman sosial tersebut.
Walaupun Erra hanya menulis posting memberitahu sudah lama tidak menggunakan Twitter, namun rata-rata warga net mengucapkan selamat kembali kepadanya!
“Assalamualaikum…Testing! Rasa janggal, dah lama tak main Twitter. Nak post pun tak tahu butang mana. Saya pasti sekarang Twitter dah ‘upgrade’. Dulu tak boleh tulis panjang-panjang, jenuh nak potong bagi pendek. Sekarang dah macam boleh je ni. Ni dah panjang dah ni,” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian ialah, Erra turut membalas ciapan pengikut di ruangan komen dan berharap agar dia kembali lebih lama kali ini.
Dalam pada itu ada juga warga net yang menyatakan keterujaan mereka menanti single terbaru Erra yang sepatutnya dilancarkan pada bila-bila masa daripada sekarang.

Bagaimanapun Erra sempat berseloroh dan menjawab single terbarunya akan keluar tidak lama lagi tetapi dirinya akan tetap ‘single’ selama-lamanya yang disertakan dengan emoji menangis.
Pada Jun lalu Erra pernah memberitahu bakal muncul dengan single terbarunya selepas musim perayaan (Aidilfitri) tahun ini.

Pada Jun lalu Erra pernah memberitahu bakal muncul dengan single terbarunya selepas musim perayaan (Aidilfitri) tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Erra kini mengendalikan program bual bicara Mingguan Wanita musim kedua di Astro Prima dan Prima HD bermula Julai lalu.
Selain Erra selebriti popular tanah air yang dipertanggungjawab mengendalikan Mingguan Wanita selaku hos bersama ialah Siti Elizad, Sherry Alhadad, Norman Hakim dan Radin Amir.
Erra juga bakal muncul dengan filem 'psycho thriller' berjudul Wangi bersama pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda yang akan menemui penonton di pawagam pada 5 September ini.
Must-Watch Video