,
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

Gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!

Bakal Tayang Di Cambodia

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures itu bakal ditayangkan di 18 daripada 25 pawagam dalam versi bahasa Cambodia agar dapat menarik minat warga di sana untuk menonton filem tempatan ini selain berkongsi pengalaman mereka.
Lebih menarik, filem yang menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana, Maya Karin, Tony Eusof dan Ray Dapdap, turut ditayangkan di platform Astro First pada bulan Ogos depan.

Teruja Sokongan Penonton

Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, pihaknya teruja atas sokongan yang diberikan penonton terhadap filem tersebut.
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menonton The Experts di pawagam sebelum ini. Sokongan penonton mengukuhkan lagi usaha kami untuk terus mengangkat filem-filem tempatan terbang lebih jauh.

“Kami telah bekerjasama dengan pengedar konten terbesar Cambodia iaitu Westec Media Limited (WML) untuk mempersembahkan The Experts di negara tersebut, serta telah melakukan alih suara bagi menarik penonton di sana.

“Dalam pada itu, memandangkan ‘vibe’ The Experts masih dirasai, jadi kami rasa teruja untuk terus bawakan ke platform Astro First pada bulan hadapan dan ia dapat dinikmati oleh penonton dengan pengalaman berbeza, di mana boleh dinikmati di mana-mana mengikut keselesaan anda dengan hanya satu harga boleh ditonton beramai-ramai dan berkali-kali dalam tempoh 48 jam.” katanya dalam satu kenyataan.
Semua penonton Malaysia boleh menikmati filem aksi penuh debaran ini menerusi Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO dan juga peranti pilihan anda melalui, sooka.
Seiring dengan tema filem ini yang mengetengahkan kekeluargaan, maka The Experts amat sesuai ditonton beramai-ramai di mana-mana sahaja mengikut keselesaan penonton. Tambah menarik dengan satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka berulang kali dalam tempoh 48 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan Peminat Hadiri Jelajah The Experts, 7 Pawagam Di Johor & Melaka Gamat Dengan Sokongan Penonton!

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem The Experts di Astro First menerusi platform Astro dan di sooka. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my.
Muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.
Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar #ក្រុមចោរកំពូលល្បិច #TheExperts ក្រុមចោរកំពូលល្បិច.di media sosial anda. Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai The Experts di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro First seperti Instagram, TikTok, Facebook.
Related Topics
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Viral

Umpama Dalam Drama & Filem, Ini 5 Rompakan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia!

gempak
29/07/2024
13:55 MYT
Jenayah rompakan semestinya antara salah satu jenayah yang paling banyak diadaptasikan untuk dijadikan filem dan drama.