Nampaknya, kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton filem The Experts semakin membara!

Ratusan peminat

Hal ini dapat dilihat menerusi jelajah The Experts yang diadakan di beberapa lokasi di Melaka, ribuan penonton dan peminat memberikan sokongan dengan membanjiri GSC AEON Bandaraya Melaka, mmCineplexes Mahkota Parade dan MBO Elements Mall Melaka semalam.



Tentulah, peluang tersebut direbut oleh peminat untuk bertemu pelakon-pelakon utama The Experts iaitu Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray secara empat mata.

ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Diserbu! Jadi Pilihan Warga Johor Untuk Ditonton Di Pawagam

Meriah dan gamat, peminat juga dapat berinteraksi secara lebih dekat dan merasai sendiri aura pelakon-pelakon yang turut sama turun padang.

Selain empat pelakon yang hadir, The Experts turut dibintangi Remy Ishak, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

Sebelum Melaka, team The Experts turut menjelajah beberapa panggung wayang di Johor pada 1 Jun lalu iaitu TGV Toppen Shopping Centre, TGV Aeon Tebrau City Shopping Centre, TGV Bukit Indah dan GSC Paradigm JB.


The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem The Experts Ungguli Box Office, 4 Hari Tayangan RM5 Juta!

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?


Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.