Laman Utama

Ezzaty Abdullah Sebak Kenang Nasib Anak Kecil Di Palestin - “Macam Mana Mereka Nak Minum Susu Kalau Bekalan Habis?”

Asyikin Mayudin
24/10/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
Ezzaty Abdullah Sebak Kenang Nasib Anak Kecil Di Palestin - “Macam Mana Mereka Nak Minum Susu Kalau Bekalan Habis?”
Kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin terutama anak-anak kecil ekoran pergolakan membuatkan pelakon Ezzaty Abdullah berasa sebak.
Berkongsi mengenai perkara itu, Ezzaty memberitahu dia akan teringat nasib yang menimpa anak kecil di Palestin setiap kali terjaga malam untuk membuat susu anaknya.
“Setiap malam bangun buat susu dekat anak, lepas itu terfikir, macam mana la anak-anak dekat Palestin tu nak minum susu kalau bekalan dah habis?” kongsi Ezzaty.
Ezzaty menerusi Instastory miliknya juga mendoakan agar para ibu di Palestin dikurniakan rezeki susu badan yang paling berkahsiat supaya anak mereka sentiasa dalam keadaan kenyang dan bertenaga.
“Ya Allah, Permudahkanlah urusan para ibu di sana! limpahkan rezeki susu yang paling berkhasiat di badan mereka sebanyak-banyaknya supaya anak-anak mereka sentiasa kenyang dan bertenaga!” doanya.
BACA SINI: 4 Cara Rakyat Malaysia Boleh Tolong Palestin
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar