Viral

#FailJenayah: Suzaily Dirogol, Diliwat, Dibunuh Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja, Imbas Kembali Kronologi Kes 24 Tahun Lalu

Gempak
25/07/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
#FailJenayah: Suzaily Dirogol, Diliwat, Dibunuh Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja, Imbas Kembali Kronologi Kes 24 Tahun Lalu
Kes pembunuhan kejam yang melibatkan Noor Suzaily Mukhtar pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu.
Suzaily, seorang jurutera komputer berusia 24 tahun dirogol, diliwat dan dibunuh dalam sebuah bas awam oleh pemandunya, ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.
Berikut merupakan fakta mengenai kes yang menyayat hati yang berakhir dengan hukuman mati dikenakan terhadap pelaku jenayah berkenaan.

Dirogol, Diliwat, Dibunuh

- Suzaily dilahirkan pada 9 Jun 1976 di Kangar Perlis dan merupakan anak ketiga kepada pasangan Mukhtar Ibrahim dan Harison Husin.
- Pada hari kejadian, Suzaily menaiki sebuah bas untuk ke tempat kerja, iaitu sebuah pusat perubatan swasta. Hari tersebut merupakan hari pertama Suzaily melaporkan diri untuk kerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

- Menurut sumber, pemandu bas tersebut didakwa menurunkan semua penumpang kecuali Suzaily sebelum bertindak mengambil laluan lain dan melakukan jenayah tersebut di sebuah lokasi.
- Kejadian dikatakan berlaku di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dengan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang antara pukul 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.
- Apabila mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Suzaily didakwa mula panik dan menjerit untuk meminta tolong.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Kartini Dibawa Ke Kebun Ubi Sebelum Dibunuh, 40KM Dari Lokasi Ditemui Mati

- Suzaily turut dikatakan mengetuk cermin bas dan cuba keluar mengikut pintu kecemasan namun gagal apabila pemandu bas berkenaan terlebih dahulu mengunci semua pintu melalui suis automatik yang terdapat di panel pemandu.
- Kemudian terjadinya pergelutan. Mangsa kemudian ditampar dan ditumbuk oleh suspek ketika terjadi pergelutan. Sumber berkata, sewaktu pergelutan berlaku mangsa telah dirogol serta diperlakukan dengan kejam.
- Selain dirogol dan diliwat, Suzaily turut dipukul dengan teruk sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan di tubuhnya.
- Suzaily turut dijerut menggunakan kain pada leher sehingga dia meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

- Mayat Suzaily kemudian dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi.
- Pemandu bas dikenali sebagai Hanafi Mat Hassan berasal dari Bachok, Kelantan ditahan polis di terminal bas Klang tiga hari selepas kejadian berlaku.
- Pada awal perbicaraan, sumber melaporkan Hanafi yang pada waktu itu berusia 32 tahun tidak mengaku bersalah. Dia turut mereka cerita kononnya melihat mangsa turun daripada bas dalam keadaan tergesa-gesa.
- Bagaimanapun, kebenaran terbongkar apabila polis menjumpai kesan air mani milik Hanafi di atas lantai bas dan pada bahagian rahim Suzaily.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nak Minta Ampun, Saya Minta Hukum Gantung Sampai Mati Sahaja. Terima Kasih” – Lelaki Bunuh Teman Lelaki Isteri

- Ketika kejadian berlaku, seorang pelajar sekolah yang juga merupakan saksi utama, Devan a/l Anbalagan terlihat mangsa mengetuk cermin tingkap bas yang dipandu suspek dalam keadaan tidak terurus.

- Perbicaraan kes itu bermula pada 12 Mac 2001 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan rayuan terakhir Hanafi ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 Disember 2006.

- Berdasarkan dari fail Polis Diraja Malaysia, Hanafi pernah terlibat dan dikehendaki bagi kes merogol yang melibatkan bekas isterinya di Mentakab, Pahang pada tahun 1988. Tertuduh juga pernah terbabit dalam kes pecah amanah di Subang Jaya, Selangor pada 1994 di samping didapati bersalah bagi kes samun dan dikenakan dua kali sebatan di Chukai, Terengganu pada 1996.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

- Pada subuh 19 Disember 2008, Hanafi maut di tali gantung di Penjara Kajang, Selangor. Ketika itu, dia berusia 42 tahun. Jenazahnya dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Binjai, Kelantan. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai, kira-kira jam 6 petang
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar