Faisal Halim Kongsi Video Pakai Lip Serum, Tapi Lain Pula Netizen Komen - “Kenapa Masih…”
Setelah hampir setahun insiden disimbah asid, pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim tampil dalam satu video menunjukkan penampilan terbaharunya.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok isteri Faisal, atlet berusia 27 tahun itu dapat dilihat sudah pulih sepenuhnya daripada luka melecur tahap empat selepas disimbah asid sulfurik pekat.
Apa yang lebih menarik, Faisal turut mempromosikan satu produk pelembap bibir yang dijual oleh isterinya, Nur Syazwani.
undefined
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen masih menzahirkan rasa simpati terhadap nasib Faisal.
“Sakit bibir tu.
“Kesian aku tengok Faisal Halim. Kenapa masih tidak ada keadilan untuk dia.
“Dia berjuang demi negara,demi anak isteri tergamak orang dia macam tu tapi dia bangkit dengan penuh semangat. Masyaallah Allah. kuatnya beliau,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Faisal sebelum ini cedera disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Damansara, Selangor pada 5 Mei 2024.
Susulan kes itu, seorang lelaki berusia lewat 30-an yang merupakan suspek kedua berjaya ditahan dan direman pada 7 Mei bagi membantu siasatan.
Terdahulu dilaporkan, seorang lelaki berusia 20-an ditahan di Pandan Indah namun dia telah dibebaskan kerana tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes jenayah
tersebut.
Doktor mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid sulfurik pekat.