Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Faisal Halim Perlu Diberi Bantuan Psikososial – “Beliau Perlu Terima Rawatan Menghadapi Trauma & Kena Ada Kumpulan Sokongan Yang Baik”

Gempak 15/06/2024 | 03:36 MYT

Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang mengalami luka lecuran teruk akibat insiden disimbah asid perlu diberi bantuan psikososial secara menyeluruh bagi membantu proses pemulihan dan menangani trauma yang dialaminya.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, bantuan psikososial menyeluruh itu termasuk dalam bentuk sokongan emosi, pemulihan fizikal dan bantuan kewangan untuk pemulihan.

Psikososial

Katanya, dalam kes Faisal ini apa yang paling penting, kena tangani trauma yang dialaminya kerana dia bukan sahaja hero negeri Selangor tetapi hero Malaysia.

“Beliau perlu terima rawatan menghadapi trauma dan kena ada kumpulan sokongan yang baik terutama daripada ahli keluarga, rakan sepasukan, kawan-kawannya serta orang sekeliling untuk naikkan semula semangatnya. Penyediaan sumber sokongan sosial yang stabil dan berterusan penting bagi proses pemulihan,” katanya kepada Sinar Harian.

Berita Trending: Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

Berita Trending: “Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson

Berita Trending: Fiziwoo Keluar Disclaimer, Rakam Video Promosi Baju Raya Bersama Ruhainies Disember Lalu - "Kami Tiada Niat Mencalarkan Imej Individu..."

Berita Trending: “Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Menurut Fauziah, Faisal juga perlu diberikan bantuan profesional seperti kaunseling dan terapi psikologi.

“Intervensi untuk menghadapi trauma boleh merangkumi beberapa pendekatan yang berbeza termasuk kaunseling individu dan terapi kumpulan.
“Selain itu, senaman dan teknik pengurusan stres juga boleh dilakukan. Latihan fizikal, pernafasan mendalam, dan teknik relaksasi seperti meditasi boleh membantu mangsa mengurangkan kecemasan dan ketegangan badan.
“Pendekatan lain yang turut boleh dilakukan adalah dari segi perubatan. Dalam beberapa kes, ubat-ubatan seperti antidepresan atau ubat penenang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan gejala trauma,” jelasnya.
Beliau berkata, intervensi yang paling sesuai akan bergantung kepada keperluan individu dan jenis trauma yang dialami contohnya, sesetengah individu mungkin memerlukan pendekatan terapi yang berbeza bergantung kepada jenis dan keparahan trauma yang mereka alami.
Sementara itu, pakar psikologi, Profesor Dr Salleh Abd Rashid berkata, Faisal dijangka berdepan tugas sukar untuk kembali ke prestasi lamanya selepas insiden tersebut.
Malah beliau berpendapat bintang Harimau Malaya berusia 26 tahun itu memerlukan keazaman luar biasa sebagai dos penggalak untuk kembali pada tahap terbaiknya sebelum ini.
“Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga itu yang boleh saya katakan berkenaan Faisal berdasarkan situasi semasa dia ketika ini.
“Aspek kestabilan emosi merupakan elemen penting yang harus diperkukuhkan kembali dalam memastikan Faisal kembali semula ke prestasi terbaiknya.
“Kestabilan emosi ini banyak bergantung kepada cara seseorang menguruskan mindanya dalam mengendalikan situasi yang berlaku terutamanya yang memberi impak kepada keseluruhan kehidupannya,” katanya yang turut menyarankan persatuan sukan kebangsaan untuk menggunakan khidmat ahli psikologi dalam membantu atlet-atlet mereka.
Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Trauma #Rawatan #Faisal Halim #Psikososial
;