Hiburan
Faizal Tahir Bakal Kembali Dengan Album Baharu, Beri Sentuhan Berbeza Untuk Peminat - " Satu Album Yang Agak Lain Dari Kebiasaan "
Penyanyi, Faizal Tahir berkongsi dia bakal melancarkan album terbaharunya selepas tiga tahun tidak menghasilkan album penuh.
Jelas Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Muhammad Tahir, 46 dia kini dalam proses menyiapkan albumnya itu yang dijangka akan menemui pendengar pada bulan hadapan.
"Sebenarnya saya rasa macam nak buat konsert sebab saya teringin.
"Tapi saya dalam proses menyiapkan album terbaharu saya dan InsyaAllah bakal keluar pada hujung tahun ini," Kata Faizal.
Faizal membuat perkongsian tersebut ketika muncul membuat persembahan di konsert Lokal Kasi Vokal Zus Coffee di Genting Highland, Pahang pada Sabtu.
Pada masa sama, pelantun lagu Sampai Syurga itu turut menyatakan bahawa album terbarunya mempunyai sedikit kelainan dari segi genre yang dibawakannya.
“Satu album yang agak lain dari kebiasaan yang saya sering lakukan. Saya juga tidak ingat bila kali terakhir saya keluarkan album penuh saya.
“Apa yang saya boleh katakan adalah menghasilkan sebuah album ini sangat meletihkan kerana perlu ada fokus yang lebih,” jelasnya.
Sekadar info,kali terakhir Faizal Tahir mengeluarkan album adalah pada tahun 2021 menerusi album berjudul Qibla.
Selain Qibla, Faizal juga mempunyai beberapa album lain antaranya Adrenalin, Anatomi, dan Rojak.