Laman Utama

Farm Fresh Perkenalkan Jom Cha, Mahu Sasar 100 Cawangan Sepanjang Setahun

Asyikin Mayudin
19/02/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
Farm Fresh Perkenalkan Jom Cha, Mahu Sasar 100 Cawangan Sepanjang Setahun
Ramai antara rakyat Malaysia yang mengenali Farm Fresh sebagai jenama tenusu yang selalu digunakan di rumah, tetapi apa yang berlaku apabila susu segar bertemu dengan Boba?
Terbaharu, Farm Fresh Berhad telah melancarkan usaha baru dalam sektor makanan dan minuman (F&B) dengan pelancaran Jom Cha by Farm Fresh secara rasmi di cawangan Jom Cha IOI City Mall, Putrajaya.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal, berkata dengan populariti Jom Cha by Farm Fresh yang semakin meningkat, mereka menyasarkan membuka 100 cawangan sepanjang tahun ini.
"Ketika ini, kami memiliki 25 cawangan Jom Cha by Farm Fresh di beberapa lokasi dan jumlah ini akan terus meningkat selaras perkembangan positif pasaran susu segar di Malaysia.
"Untuk tahun ini, sasaran jualan untuk produk Jom Cha by Farm Fresh adalah sekitar RM10 juta," katanya kepada media selepas pelancaran kiosk terkini Jom Cha by Farm Fresh di IOI City Mall Putrajaya.
Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Jomcha Sdn Bhd, Eddie Lim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh, Loi Tuan Ee.
Dengan pasaran susu segar yang semakin berkembang di Malaysia, Farm Fresh ingin terus meluaskan bisnes mereka.
Jom Cha membuka cawangan pertamanya pada bulan Ogos 2022 di 1 Utama, Petaling Jaya. Setakat hari ini, Jom Cha telah berkembang ke 22 cawangan seluruh negara dan boleh dijumpai di kebanyakan pasaraya besar seperti IOI City Mall dan Genting Highlands Premium Outlets.
Jom Cha menawarkan rangkaian perisa tersendiri yang menarik bermula dengan hanya RM5.80 dan fokus mereka adalah untuk menawarkan perisa yang enak menggunakan bahan- bahan berkualiti tinggi, sambil mengekalkan harga yang berpatutan.
Sepanjang pembukaan, antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah Farm Fresh Milk with Brown Sugar Boba, Belgian Milk Chocolate dan Strawberry Kurma Yogurt.
Menawarkan 19 jenis minuman di bawah enam kategori berbeza yang kebanyakannya diperbuat dengan susu dan yogurt Farm Fresh, Jom Cha baru-baru ini memperkenalkan menu baharu iaitu Natural Yogurt Mixberries Soft Serve, yang diperbuat dari yogurt Farm Fresh yang kaya dengan probiotik.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar