HIBURAN
Lisa Blackpink Pilih Gaya ‘Seluar Dalam’ Tampil Di Met Gala 2025
Lisa Blackpink tahu bagaimana cara untuk membuat penampilan pertamanya di acara Met Gala 2025 akan dikenang.
Tampil memakai rekaan jenama tersohor Loius Vuitton yang menyaksikan Lisa memadukan jaket mewah berwarna hitam dengan seluar dalam yang disangkut aksesori mutiara.
Bintang White Lotus ini juga menyarung stokin kaki serta sepatu tinggi serta membawa beg tangan dari jenama sama untuk melengkapkan gaya.
Lisa merupakan anggota ketiga Blackpink yang hadir ke Mat Gala. Sebelum ini, Jennie telah hadir ke Met Gata pada tahun 2023 dan Rose terlebih mencetak sejarah di acara tersebut apabila hadir pada tahun 2021.
Selain Met Gala, pemilik nama sebenar Lalisa Manobal telah tampil menyanyi dalam segmen tribute di Oscar pada Februari lalu. Namanya juga menjadi hangat selepas memberi persembahan bertenaga di Festival Muzik Coachella 2025 baru-baru ini.
Must-Watch Video