Hiburan

Fasha Sandha Pernah ‘Sentap’ Bila Ditegur Badan Berisi, Mula Diet & Fikirkan Kesihatan - “Kurus Ini Bukan Buat Kita Cantik Saja Tapi…”

Asyikin Mayudin
27/12/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Fasha Sandha Pernah ‘Sentap’ Bila Ditegur Badan Berisi, Mula Diet & Fikirkan Kesihatan - “Kurus Ini Bukan Buat Kita Cantik Saja Tapi…”
Pelakon Fasha Sandha mengakui dia pernah berasa kecil hati apabila ditegur badannya berisi selepas melahirkan cahaya mata ketiganya.

Selesa dengan badan berisi

Menerusi perkongsian di TikTok NONA, Fasha memberitahu dia menjadi selesa dengan keadaan badannya ketika itu disebabkan suaminya iaitu Aidil Aziz menerima dirinya seadaanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Buat Saya Seperti Meraih Simpati” - Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Ketika Diceraikan Bekas Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Kongsi Foto Bertudung, Fasha Sandha Rasa Diri Banyak Kekurangan - “Saya Faham Ramai Sukakan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang Lihat Rakan Artis Bercerai, Fasha Sandha & Aidil Aziz Hanya Doa Terbaik - “Betul, Menakutkan Tapi Semua Itu…

“Berisinya you sekarang… masa itu saya baru lepas bersalin. Kadang-kadang sentap juga la. Tapi bila fikir balik memang masa itu saya tak jaga makan sangat.

“Jadi kita ambil benda itu sebagai cabaran untuk buat diri kita jadi lebih baik. Aidil tak pernah macam kata saya ‘you dah chubby’, dia terima saja tak kisah chubby ke, dia tetap kata saya cantik.

“Itu pun buat saya rasa terlalu selesa berbadan begitu. Bila saya tengok balik video balik, saya cakap dekat dia ‘sayang, saya tak sangka saya berbesar ini’. Dia pun cakap tak sangka sebab dia rasa saya cantik saja,” katanya.

Cantik & Sihat

Bagaimanapun, Fasha berkata badan kurus bukan sahaja membuatkan seseorang itu kelihatan cantik malah ia juga memudahkan untuk melakukan aktiviti dan amal ibadat.
“Dia macam tak kisah, dia kata saya tetap cantik macam mana saiz saya pun. Tapi sebenarnya kurus ini bukan untuk membuatkan kita cantik saja, tapi buat kita sihat.

“Sihat itu penting sebab bila kita nak mengamalkan aktiviti seharian kita, nak pergi kerja, nak berjalan laju, nak lakukan amal ibadat, kita kena berbadan ideal dengan berat kita.

“Kita tak boleh over weight sebab kita sendiri akan rasa cepat mengah,” ujarnya.
@nona.my Rupanya Fasha Sandha pernah kena ‘body shaming’, dari situ dirinya tergerak hati amalkan diet. Fasha juga akui dirinya jenis yang mudah naik badan, malah untuk dapatkan berat badan ideal seperti hari ini mengambil masa selama tiga tahun. Namun Fasha sangat bersyukur kerana suami, Aidil menerima diri seadanya, tidak kira bentuk tubuh. Malah sokongan suami memberi keyakinan tambahan untuk Fasha kekal sihat, bukan hanya demi kecantikan tetapi juga untuk kebahagiaan dalam beribadat. Saksikan video penuh temubual eksklusif NONA bersama Fasha Sandha di saluran Youtube dan FB Majalah Nona. Nona Superwoman Award kembali untuk edisi keempat mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui pelbagai kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya dan latar belakang. Nantikan Nona Superwoman Award 24, 8 Januari nanti! #majalahnona #nonasuperwomanaward2024 #nonasuperwomanaward #nonasuperwoman ♬ original sound - NONA
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024