Hiburan

Fatima Tetap Manja Bila Berjumpa, Fattah Amin Anggap Luahan ‘Tak Sayang Daddy’ Sebab Merajuk - “Biasa La Budak Umur 4 Tahun, Kita Tak Boleh…”

Asyikin Mayudin
01/02/2025
05:44 MYT
Sponsor Banner
Fatima Tetap Manja Bila Berjumpa, Fattah Amin Anggap Luahan ‘Tak Sayang Daddy’ Sebab Merajuk - “Biasa La Budak Umur 4 Tahun, Kita Tak Boleh…”
Pelakon Fattah Amin menganggap luahan anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya baru-baru ini merupakan perkara biasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berusia empat tahun.

BERITA TRENDING: “I Don’t Want Daddy, I Don’t Love Daddy Anymore” - Netizen Syak Fatima Merajuk Dengan Fattah Amin

BERITA TRENDING: Kongsi Foto & Video Gelak Ketawa, Fattah Amin Luangkan Masa Bersama Fatima - “Jumpa Selalu, Nanti Dah Tak Merajuk”

Tidak wujud sebarang masalah di antara mereka, Fattah memaklumkan baru sahaja bertemu Fatima pada Jumaat dan anak perempuan tunggalnya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti didakwa malah bersikap manja terhadapnya.
“Biasa la budak umur empat tahun, kita tak boleh jangka apa yang dia akan cakap. Bagi saya itu perkara normal. Saya tak nak cakap benda yang lepas, saya nak cakap benda yang baru jadi.
“Saya ada berjumpa dengan Fatima, dia okay saja. Macam saya cakap sebelum ini, sekarang tak macam dulu. Kalau dulu, hari-hari Fatima boleh jumpa saya tapi sekarang ada masa-masa dia, saya ikut jadual melawat.
“Bila saya jumpa dia, saya tak nampak macam apa yang tular tu la. Saya ada tanya dia, dia cakap ‘I love daddy, I miss daddy’. Kita berbual dan hubungan anak dan bapa itu masih kuat
“Saya tak rasa Fatima dan saya ada pun gap dan dia pun layan saya macam biasa,” katanya kepada Gempak.
Pelakon berusia 35 tahun itu ditemui ketika majlis Meet and Greet bersama duta Jakel yang berlangsung di Shah Alam pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Disoal Tentang Cita-Cita, Anak Fazura-Fattah Mahu Jadi Usahawan - "Saya Nak Jual Perfume"

Dalam pada itu, Fattah turut memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu aktres Nur Fazura mencuba yang terbaik untuk memastikan anak mereka memahami situasi sudah berbeza secara perlahan-lahan.
“Kami pun dalam proses untuk bagi Fatima faham secara perlahan-lahan sebab dia pun baru empat tahun untuk hadam semua sekali. Saya tahu Faz pun jalankan tanggungjawab sebagai ibu yang terbaik untuk bagi Fatima faham.
“Bila jumpa Fatima, saya cakap dekat dia kena sayang mommy dan daddy sama rata dan ada masa Fatima keluar dengan mommy, kadang-kadang dengan daddy.
“Saya tengok reaksi dia dengar, dia seorang pendengar yang baik dan nampak dia cuba memahami apa yang daddy dia cuba cakap. Saya dan Faz pun tak boleh beri tekanan kepada Fatima.
“Masing-masing main peranan untuk bagi Fatima faham,” ujarnya.
Sebelum ini, tular di TikTok video memperlihatkan anak perempuan kepada pelakon Nur Fazura iaitu Fatima yang mengatakan dia tidak lagi menyayangi bapanya iaitu aktor Fattah Amin.
Luahan itu dibuat ketika Fazura membuat siaran langsung (live) di TikTok dan rakaman itu dimuat naik semula netizen.
Bagaimanapun Fazura terus memberi teguran dan nasihat kepada Fatima agar tidak berkata sedemikian kepada bapa kandungnya sendiri.
Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Fatima yang kini berusia 5 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024