Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

Asyikin Mayudin 27/08/2024 | 04:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya menceburi bidang seni biarpun ada menerima tawaran ke arah itu.

Belajar lebih penting

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, berkata dia mahu melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran selain menghafaz Quran.

"Saya tidak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri. Anak saya kena belajar, hafal al-Quran.

"Tidak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon. Walaupun ada yang tawarkan, jawapan saya tetap ‘no’, tidak boleh,” katanya sesi siaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.

Hak untuk tentukan

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini turut menegaskan, dia sebagai ibu mempunyai hak untuk menentukan hala tuju hidup cahaya matanya.

"Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati saya la,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Fatin yang mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Jadikan Virus Monkeypox Sebagai ‘Joke’, Ini Respons Fatin Afeefa - “Yang Pasti Itu Bukan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Menyepi, Suami Fatin Afeefa Tidak Lagi Berharap Pada Forex - “Dah Setahun Tak Buat Benda Bodoh Tu”

Katanya, keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu Aliff Awang atau mesra disapa Opai. Walau bagaimanapun, dia masih melakukan beberapa kempen.

Sekadar info, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

#Fatin Afeefa #Adam Shahz #Anak-Anak #Aliff Awang #Suami Fatin Afeefa #Anak Fatin Afeefa
;