Hiburan

Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”

gempak
Asyikin Mayudin
20/05/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”
Mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mengumumkan berundur dari dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Keputusan Dibuat Atas Permintaan Suami

Masih melakukan beberapa kempen, Fatin berkata keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu usahawan, Aliff Awang atau mesra dengan sapaan Opai.

“Selepas berkahwin, saya hormat permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan saya sayang dia.

“Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi. Tapi saya minta pada dia sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja.
“Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung. Sekarang ini saya lebih suka duduk dekat rumah.
“Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi rasa tenang sahaja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan,” kata Fatin.

Mahu Jadi Manusia Lebih Baik

Ditanya mengenai perminataan suami, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata dia juga ingin memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik selain mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang muslim.
“Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.
“Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakkan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja.
“Tawaran masih ada. Kali terakhir saya terima pada bulan Januari lalu untuk drama 29 episod. Kalau cakap fasal kawan-kawan industri, mereka pun faham sahaja keputusan yang saya ambil ini,” ujarnya.

Contoh Ibu Bapa Terbaik

Dalam pada itu, Fatin turut memberitahu dia dan suami juga ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.
“To be a better muslim. Saya dan suami juga sudah buang posting-posting yang haram di media sosial, yang tidak elok. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti, role model.
“Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga,” katanya lagi.
Untuk rekod, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

BERITA TRENDING: Lama Menyepi, Suami Fatin Afeefa Tidak Lagi Berharap Pada Forex - “Dah Setahun Tak Buat Benda Bodoh Tu”

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live