Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

Umirah Halim
14/09/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.

Tak campur hal peribadi

Jelas Liyana, dia tidak pernah mencampuri hal peribadi Fattah apa lagi menyentuh hal urusan rumah tangganya dengan Fazura.

"Fattah adalah hero saya dalam projek supertele itu. Secara jujur, saya tidak masuk campur hal orang, Fattah okay sahaja di set penggambaran.

"Ini kali pertama saya bekerja dengan Fattah dan saya lihat, dia sangat profesional. Kami macam kawan dalam industri seni di mana kami ada 'boundaries' (sekatan). Kami tidak bercakap mengenai orang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Baik Punya Ah Long arahan Datuk Afdlin Shauki baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?

ARTIKEL BERKAITAN: Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang... Rakan Artis Titip Kata-Kata Semangat Dan Doa

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Sementara itu, pelakon filem Papadom itu juga turut memberitahu dia dan Fattah tidak bercakap soal peribadi sepanjang di lokasi penggambaraan bagi mengekalkan sikap professional.

"Kami berborak mengenai karakter yang dibawa sahaja. Fattah baik dan kami tidak bercakap soal peribadi pun.

"Lebih-lebih lagi, apabila kita sudah lama dalam industri seni. Saya pula sudah berkahwin, jadi kita tidak bercakap mengenai privasi orang lain," tambahnya lagi.

Pada Jumaat, Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.

Terdahulu, keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.

Pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, itu berkahwin pada 2017.

Dalam perkembangan lain, Liyana kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.

Selain Liyana, filem Baik Punya Ah Long yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 September ini dan turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Johan, Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie, Chew Kin Wah dan Allahyarham Adibah Noor.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar