Terkini
Fazley Yaakob Kena 'Warning' Dengan Anak, Jangan Kahwin Lagi - "Macam Manapun Saya Kena Kahwin Sebab..."
Anak bongsu kepada cef selebriti dan penyanyi popular Datuk Fazley Yaakob iaitu Alayna Selma memberi amaran kepada bapanya agar tidak berkahwin lain.
Peringatan itu katanya bukan sesuatu yang lucu, malah ia dianggap luahan hati puterinya.
BERITA BERKAITAN:Fazley Yaakob Anggap GV ‘Pembuka Rezeki Baru’, Komen Pedas Juri Amat Diperlukan - “Itu Bukan Memalukan, Itu Ilmu Termahal”
BERITA BERKAITAN: "Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob
"Anak saya Alayna awal-awal dah pesan, dida (panggilan buat Fazley) jangan kahwin lagi ok.. Saya cuma senyum je bila anak cakap macam itu. Baru-baru ini pun dia ulang lagi benda sama.
"Saya tak anggap itu satu kata-kata gurauan kerana saya tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati anak saya dan apa yang cuba dia fikirkan.
"Jadi saya perlu ambil perhatian permintaan anak saya," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun Fazley tidak menidakkan untuk berumah tangga sekali lagi jika ditakdirkan.
Namun buat masa ini, jelas Fazley tumpuannya mahu melihat anak-anak gembira dan membesar dengan baik.
"Tahun ini saya mahukan anak-anak membesar dengan happy, membesar dengan sihat dan hubungan kami semua sangat baik.
"Azrene pun teruskan dengan kehidupan dia dan begitu juga saya," ringkasnya.
Fazley sebelum ini mengesahkan dia dan bekas isteri Azrene Soraya Abdul Aziz bercerai selepas 18 tahun hidup bersama.
Dalam pada itu, dia berkata, hubungan dengan bekas isterinya masih kekal baik dan masih sama sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.
Hasil daripada perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16,Ahmad Fieradz Shah, 15, dan Ahmad Fierudz Shah, 14, dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 8.
Must-Watch Video