Hiburan

Jefri Nichol Saran Pendidikan Seks Diperkenalkan Sejak Usia Muda - “Jangan Takut Atau Malu Untuk Beli…”

Asyikin Mayudin
21/01/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Jefri Nichol Saran Pendidikan Seks Diperkenalkan Sejak Usia Muda - “Jangan Takut Atau Malu Untuk Beli…”
Pelakon Indonesia yang kini didakwa sedang hangat bercinta dengan pempengaruh Ameera Khan menganggap pendidikan seks perlu diperkenalkan kepada para pelajar sejak peringkat awal persekolahan lagi.

Buka minda masyarakat

Memetik laporan Suara.Com, Jefri berasa yakin usaha itu dapat membuka minda masyarakat selain mencegah penularan skes bebas serta penyebaran penyakit kelamin dalam kalangan penduduk di Indonesia.

“Bagi saya, pendidikan seks seharusnya dimulakan sejak usia muda kerana kanak-kanak kini sudah lebih faham tentang seks. Bahkan ada yang berani mencuba tanpa menyedari bahayanya.

“Kebanyakan mereka juga terpengaruh dengan rakan sebaya dan apa yang mereka lihat,” katanya.

Alat pencegahan kehamilan

Tambah Jefri, pendidikan seks bukan satu perkara baharu dalam kalangan masyarakat memandangkan pengenalan kepada alat pencegahan kehamilan amat penting untuk mencegah penyebaran penyakit kelamin.

“Walaupun seks adalah perkara peribadi, ia tetap akan berlaku, jadi pendedahan yang sewajarnya harus diberikan.

“Jangan takut atau malu untuk membeli alat pencegahan kehamilan kerana ini melibatkan kesihatan diri sendiri,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra Berpelukan Dengan Peminat, Netizen Dedah Sifat Keperibadian Jefri Nichol - “Dia Memang Begitu Kalau…”

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol Kongsi Tips Pikat Hati Wanita Berstatus Sosial Lagi Tinggi - “Jadi Diri Sendiri Sahaja Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Ameera Khan & Jefri Nichol Saling Berbalas Luahan Cinta, Netizen Tumpang Gembira - “Girl In Love...”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024