Gaya Hidup
#FinancialFaiz: Beli Rumah Cash Lebih Untung Atau Bayar Secara Ansuran?
Gempak
30/07/2024
|
11:08 MYT
Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan golongan muda didakwa enggan untuk membuat pinjaman dari bank bagi tujuan membeli kediaman. Mereka merancang untuk membeli rumah secara tunai.
Apakah yang menyebabkan hal ini berlaku? Adakah lebih menguntungkan jika seseorang itu membeli rumah secara tunai? Ikuti penerangan daripada Pendidik Kewangan, Financial Faiz.
Menurut beliau, sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan golongan muda ingin membeli rumah secara tunai disebabkan mereka tidak mahu memberikan keuntungan kepada bank.
Bayar rumah cash
Namun, keinginan tersebut dilihat agak mustahil memandangkan tidak ramai individu yang mempunyai simpanan wang tunai yang cukup untuk berbuat demikian.
“Secara amnya, jika sebuah rumah dijual pada harga RM500,000, selepas 35 tahun, kita akan bayar semula kepada bank sekitar dalam jumlah yang berganda.
“Tetapi bergantung kepada kadar pinjaman yang dibuat sebab ia (kadar pinjaman) boleh berubah dalam tempoh kita meminjam. Dalam erti kata mudah, dengan kadar pinjaman sekitar 4.3 sehingga 4.5 peratus setahun, selepas tempoh 35 tahun, jumlah bayaran keseluruhan untuk pinjaman RM500,000 boleh mencecah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Gempak.
Faiz menambah, keinginan untuk membeli rumah secara tunai dilihat agak mustahil, lebih-lebih lagi jika seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.
“Tidak ramai yang mempunyai RM500,000 dalam simpanan, terutama golongan muda. Walaupun sudah berusia sekitar 30 tahun atau bekerja selama lima hingga enam tahun pun memang belum tentu seseorang ada simpanan sebanyak itu, samaada dalam bentuk tunai ataupun KWSP. Jadi, pilihan kedua, beli rumah dengan menggunakan pinjaman daripada bank adalah jalan yang lebih realistik. Setengah orang boleh mendapat kadar pinjaman serendah 3.8 peratus. Kadar pinjaman ini berbeza mengikut profil kredit pemohon dan juga jenis rumah yang ingin dibeli.
“Peratusan ini merupakan satu kadar yang pembeli rumah perlu bayar kepada bank setiap hari, tetapi dalam konteks tahunan. Ia akan di guna pakai pada baki hutang yang dikira setiap hari. Sebagai contoh, bayangkan hari ini wang dilepaskan oleh pihak bank kepada developer sebanyak RM100,000.
“Jadi sekarang, anda berhutang dengan bank sebanyak RM100,000, sebab duit berkenaan ‘dilepaskan’ oleh pihak bank kepada developer. Katakan hutang anda bermula pada 1 Januari dengan kadar pinjaman 4 peratus. Jadi, secara mudahnya jumlah keseluruhan keuntungan bank yang perlu dibayar untuk tahun ini adalah RM4,000.
“Tetapi, RM4,000 ini bukan dibayar pada akhir tahun. Jumlah berkenaan akan dibahagikan dengan 365 hari, untuk mengira jumlah yang perlu dibayar setiap hari iaitu RM10.96 sehari, untuk 31 hari di bulan Janiari sehingga bulan berikutnya,” ujar Faiz.
Ansuran
Menurut Faiz, bayaran secara ansuran terbahagi kepada dua iaitu untuk melangsaikan keuntungan bank dan juga jumlah hutang itu sendiri.
“Sebagai contoh, jika ansuran bulanan untuk pinjaman RM100,000 adalah sekitar RM500. Keuntungan bank pada bulan Januari adalah RM10.96 x 31 bersamaan dengan RM339.72. Ansuran RM500 tolak keuntungan bank bersamaan dengan RM160.27. Jumlah inilah yang akan dibayarkan semula kepada bank untuk mengurangkan hutang RM100,000 itu kepada RM99,839.73.
“Dalam maksud lain, satu ansuran itu dipecah dua untuk membayar keuntungan kepada bank dan mengurangkan hutang. Ia akan berlanjutan untuk 35 tahun, iaitu tempoh masa hutang pada bank, sehingga hutang RM100,000 itu menjadi kosong.
“Tapi ada yang kata mereka tidak mahu menguntungkan bank. Mereka beranggapan bahawa jika ada RM100,000 dalam simpanan, mereka boleh beli rumah RM100,000 secara tunai, jadi boleh untung di situ kerana tak perlu bayar keuntungan kepada bank. Tetapi, saya boleh katakan ia tidaklah berapa benar. Mereka mungkin di ‘misguided’ di situ.
“Sebab jika anda ada RM100,000 dalam tangan dan dilaburkan dalam ASB pada kadar 5 peratus, pulangannya lebih tinggi berbanding kadar pinjaman yang tadinya merupakan sebanyak 4 peratus. Anda dapat keuntungan 5 peratus ke atas RM100,000 dan cuma bayar 4 peratus terhadap hutang RM100,000. Anda lebih untung jika duit dalam tangan itu kekal dalam tabung simpanan untuk menjana pulangan,” katanya.
Selain itu, simpanan atau pelaburan dalam ASB memberikan keuntungan yang boleh berkompaun saban tahun.
“Sebagai contoh, anda ada RM100,000 yang disimpan dalam ASB, dengan 5 peratus kadar pulangan setahun. Selepas setahun, anda bakal dapat RM5,000 dan jumlah simpanan akan meningkat menjadi RM105,000.
“Seterusnya ia akan beranak menjadi RM110,250 untuk tahun berikutnya dan RM115,762 bagi tahun mendatang. Ini dinamakan compounding. Hutang berkurang tetapi simpanan akan meningkat,” katanya lagi.
"Namun perlu diingatkan bahawa simpanan dan pelaburan dalam mana-mana tabung atau skim pelaburan mempunyai risiko tersendiri dari segi kadar pulangan yang tidak boleh dijanjikan. Prestasi pelaburan yang lepas tidak menjamin hasil masa hadapan. Buatlah kajian sendiri sebelum