Gaya Hidup
#FinancialFaiz: Duit Tabung Kecemasan, Pelindung Di Saat Perlu
Dalam kehidupan seharian, tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan
Oleh itu Pendidik Kewangan, Faiz Azmi atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz menyatakanmemiliki tabung kecemasan adalah satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.
Menurut Faiz, tabung kecemasan berfungsi sebagai pelindung kewangan apabila berdepan situasi tidak dijangka seperti kemalangan, penyakit, atau kehilangan pekerjaan.
ARTIKEL BERKAITAN: #FinancialFaiz: Ramai Yang Dah Tak Guna Wang Tunai, Ini Tiga Sebab Kenapa ‘Cashless Payment’ Jadi Pilihan
ARTIKEL BERKAITAN: #FinancialFaiz: 4 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Risiko Membeli Kereta Secara Sambung Bayar
ARTIKEL BERKAITAN: #FinancialFaiz: Elak Terbeban Hutang Di Kemudian Hari… Fikir Sebelum Ambil Pinjaman Peribadi
“Tabung kecemasan adalah tabung yang paling penting sekali, sebab kita tidak mahu jika berlaku sesuatu kecemasan seperti nak masuk hospital misalnya akan menggangu proses kemasukan kerana guarantee letter belum lulus.
“Namun sebab kita sudah ada duit tabungan kecemasan ia akan memudahkan urusan kita pada masa sama kalau kita tidak mempunyai tabung kecemasan.
“Bayangkan jika kita dibuang kerja, bagaimana kita mahu hidup untuk tiga hingga enam bulan? Maka akan susah buat kita, sebab itu kita perlu ada tabung kecemasan,” kata Faiz kepada Gempak.
Pada masa sama, Faiz juga menyatakan selain mempunyai tabung kecemasan, rakyat Malaysia juga boleh membuat tabungan untuk keperluan diri sendiri seperti tabung membeli kenderaan, perkahwinan atau bercuti.
SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN OLEH GEMPAK.