Gaya Hidup

#FinancialFaiz: Ramai Yang Dah Tak Guna Wang Tunai, Ini Tiga Sebab Kenapa ‘Cashless Payment’ Jadi Pilihan

gempak
Asyraf Roslan
09/11/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
#FinancialFaiz: Ramai Yang Dah Tak Guna Wang Tunai, Ini Tiga Sebab Kenapa ‘Cashless Payment’ Jadi Pilihan
Di Malaysia, sebanyak tujuh daripada sepuluh orang kini lebih memilih kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless payment) berbanding membawa wang tunai.
Menurut Pendidik Kewangan, Financial Faiz terdapat tiga sebab kenapa kita perlu gunakan pembayaran tanpa tunai ini.
1. Kemudahan Tanpa Tunai
Dengan pembayaran tanpa tunai, pengguna tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah yang besar. Ini juga lebih selamat kerana mengurangkan risiko kehilangan wang yang sukar dikesan.
Tambahan lagi, kebanyakan majikan kini membayar gaji secara digital, menjadikan penggunaan kad atau e-wallet lebih mudah dan efisien untuk transaksi harian.
2. Kepantasan Transaksi
Penggunaan kad atau pembayaran digital juga mempercepatkan urusan.
Dalam beberapa saat sahaja, transaksi boleh diselesaikan tanpa perlu mencari baki wang kecil atau kelam-kabut menyusun wang.
Ini amat memudahkan, terutama di tempat-tempat yang sibuk.
3. Faktor Keselamatan Tambahan
Keselamatan dalam pembayaran tanpa tunai juga dipertingkatkan dengan keperluan kod PIN bagi transaksi melebihi RM250.
Ini adalah langkah dari pihak bank untuk melindungi pemilik kad daripada penyalahgunaan.
Sekiranya kad hilang atau tertinggal, pemilik kad hanya perlu menghubungi bank untuk membekukan kad tersebut dengan segera.
Dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, kad bank juga boleh dibekukan dengan hanya menggunakan aplikasi bank yang anda miliki.
Secara keseluruhannya, pembayaran tanpa tunai bukan sahaja menjadikan urusan harian lebih mudah tetapi turut memberi perlindungan tambahan kepada pengguna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024