Gaya Hidup

#FinancialFaiz: Elak Terbeban Hutang Di Kemudian Hari… Fikir Sebelum Ambil Pinjaman Peribadi

Gempak
06/09/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
#FinancialFaiz: Elak Terbeban Hutang Di Kemudian Hari… Fikir Sebelum Ambil Pinjaman Peribadi
Jawapan yang sering kita dengar jika ditanya mengapa ambil pinjaman peribadi adalah kerana mereka mahu melangsungkan perkahwinan atau mahu membeli kenderaan.
Persoalannya, baik atau tidak ambil pinjaman peribadi hanya untuk satu majlis yang akan berlangsung sekali dan beberapa jam sahaja?
Menurut Pendidik Kewangan, Financial Faiz ramai yang terkesan selepas mengambil pinjaman peribadi dan harus menanggung hutang dalam tempoh yang sangat lama.
“Di luar sana mesti ada yang sudah terjerumus dengan pinjaman peribadi.
“Dan kalau anda nak tahu pinjaman peribadi ini antara satu sebab utama rakyat Malaysia jatih bankrup.
“Paling teruk sekali, ada orang di luar sana yang mahu melangsungkan perkahwinan dan tidak mampu untuk membayar jadi merek ambil pinjaman peribadi. Tapi lepas dia kahwin dan dapat anak dia masih menanggung hutang yang sama meskipun anak sudah besar dan memulakan persekolahan,” katanya.
Pada masa sama, Faiz juga mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan pinjaman peribadi ini hanya untuk memenuhi kehendak peribadi semata-mata.
“Perangai-perangai orang sekarang ini adalah Fomo dan Yolo, ada diantara mereka yang sanggup ambil pinjaman peribadi sebab tiada duit dalam tangan sebab nak pergi bercuti.
“Jangan pakai pinjaman peribadi untuk close the gap jika anda tidak mempunyai bajet untuk memenuhi kehendak peribadi anda. Daripada kita berhutang lebih baik kita menyimpan sehingga kita mampu untuk mendapatkannya,” ujar Faiz.
Faiz mengingatkan orang ramai supaya berfikir dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil pinjaman peribadi.
Bak kata pepatah berfikir sebelum berkata, berunding sebelum buat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar