Gaya Hidup

#FinancialFaiz: OPR Dijangka Turun? Bijak Merancang, Elak Risiko

Asyraf Roslan
05/01/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
#FinancialFaiz: OPR Dijangka Turun? Bijak Merancang, Elak Risiko
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus pada tahun 2024 sebagai satu langkah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Meskipun ia dilihat sebagai satu berita baik buat sesetengah pihak, bagi pendidik kewangan Faiz Azmi perubahan OPR ini boleh memberi kesan kepada peminjam dan penyimpan.
“ Bagaimana penurunan OPR ini memberi kesan kepada kita sebagai seorang peminjam dan juga seorang penyimpan.
“Untuk mereka yang meminjam ini merupakan satu berita yang baik kerana bila kita meminjam kita punya kadar pinjaman itu berdasarkan kita punya OPR. OPR turun kita punya kadar pinjaman efektif pun turun. Jadi bayaran bulanan untuk rumah dan untuk sesetengah pinjaman kereta akan turun juga.
“Tapi ada kesan tidak bagus untuk mereka yang menyimpan duit sebab bila OPR turun kadar pulangan bank untuk fixed deposit pun akan turun juga,” jelas Faiz.
Walaupun penurunan OPR nampak seperti peluang baik untuk membeli rumah atau kereta, Faiz atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan.
"Kalau nak beli rumah atau kereta kerana OPR ini turun, jangan tergesa-gesa kerana OPR boleh turun dan naik, lebih-lebih lagi kalau anda ambil kadar pinjaman yang boleh ubah." kata Faiz.
Pinjaman dengan kadar faedah berubah (floating rate) boleh terjejas jika OPR meningkat di masa hadapan, menyebabkan bayaran bulanan naik semula.
Namun ini semua adalah jangkaan dan masih dalam proses perbincangan.
Sekiranya terjadi penurunan, rakyat Malaysia tetap dinasihatkan agar merancangan perbelanjaan sebaik mungkin.
Terdahulu, media melaporkan Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin akan menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak 25 mata kepada 2.75 peratus pada 2025, berbanding kadar semasa sebanyak 3.0 peratus.
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah menurunkan kadar faedahnya kepada 4.5 peratus.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024