Fokus Tentang Penghijrahan, Kiblat Ke Syurga Raih Komen Positif Penonton - “Sangat Best Cerita Ni!”
Terima Reaksi Positif
Menceritakan tentang perjalanan seorang wanita yang dikenali sebagai Nina yang berusaha untuk berhijrah ke arah lebih baik, drama penuh keinsafahan ini berjaya memperoleh reaksi positif daripada penonton."Sangat best cerita ni...
Antara komen yang diterima:
BERITA TRENDING: Percintaan Menuju Ke Syurga, Saksikan Drama Kiblat Ke Syurga Mulai 5 Jun Ini!
Disebabkan itu, Nina menghadiri ceramah Ustaz Hadi dan meminta nasihatnya dalam usaha menjadi seorang muslim yang lebih baik. Dari situ Nina secara tidak sengaja mempunyai perasaan terhadap Ustaz Hadi dan menyembunyikan status perkahwinannya dari pendakwah itu.
BERITA TRENDING: Netizen Kritik Cara Berdialog Bahasa Indonesia Meerqeen, Tuan Badan Komen; "Itu Hari Pertama Shooting, Jadi ..."
Dalam pada itu, Ustaz Hadi juga terpalit dengan permasalahan percintaan di mana dirinya tersekat dalam perkahwinan yang diatur bersama seorang wanita yang juga penceramah agama, Dr Khadijah. Akan tetapi, Ustaz Hadi juga dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nina.
BERITA TRENDING: “Saya Tak Tuntut Apa-Apa Sebab Harta Paling Berharga Adalah Anak-Anak” - Bella Astillah
Sedar akan rumah tangganya yang sedang bergolak, Fakhri mengambil keputusan untuk mempelajari agama demi isterinya walaupun sukar. Fakhri bagaimanapun secara tidak sengaja meminta nasihat daripada Ustaz Hadi tanpa mengetahui bahawa isterinya juga meminta nasihat daripada orang yang sama.
BERITA TRENDING: “Doakan Yang Terbaik” - Bella Astillah Tiba Di Mahkamah
Kesemua mereka berada di jalan ke syurga tetapi ia penuh dengan cabaran dan rintangan. Bagaimanakah pengakhirannya?