Laman Utama

#FoodiesLife: Bawa Hidangan 'Bebek' Datang KL, Ini Tarikan Warung Eropa Di The Exchange TRX!

Amri Hassan
25/12/2023
08:40 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: Bawa Hidangan 'Bebek' Datang KL, Ini Tarikan Warung Eropa Di The Exchange TRX!
Bebek atau itik antara hidangan popular di kepulauan Bali, Indonesia. Pelbagai juadah disajikan dalam pelbagai cara, tapi seperkara yang penting tentulah rasa autentik itik itu sendiri.
Bagi yang merindui hidangan itik di Bali, korang tak perlu risau lagi kerana kini Warung Eropa yang baru memulakan operasi di TRX, Kuala Lumpur pilihan destinasi ideal.
Warung Eropa mula beroperasi sejak tahun 2000 lagi di Seminyak, Bali dan selepas 23 tahun, jenama itu membuka cawangan keduanya di Kuala Lumpur.
Kata pemilik bersama Warung Eropa, Tania Arlene, restorannya itu memberikan senyuman kepada pelanggan yang mengidam hidangan signatur Bali itu.
"Warung Eropa mengekalkan rasa autentik dan kualiti hidangan daripada cef di Bali. Memang kita bawakan cef dari sana untuk menyediakan hidangan yang rasanya juga sama seperti di sana terutamanya Bebek Goreng," katanya kepada Gempak.
Warung Eropa turut menyediakan pelbagai hidangan lazim seperti Rawon Malang, Sayur Asem, Sayur Lodeh Pete dan Empal yang pasti akan membuat pencinta makanan jatuh cinta.
Pengasas kedai ini juga turut mempunyai perancangan untuk menghadiahkan setiap pelanggan setia dengan anugerah ‘Customer of the Week’ dan ‘Customer of the Month’ yang setia memberi sokongan dan membantu mengembangkan perniagaan mereka kerana dia percaya dengan manganjurkan pengiktirafan sedemikian akan mampu menarik ramai pelanggan berkunjung ke restorannya.
Dalam pada itu, Tania turut memberitahu, walaupun Warung Eropa mempunyai bar koktel, namun dia menegaskan semua hidangan yang terdapat di kedainya adalah ‘pork-free’.
Warung Eropa mula beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam di Tingkat 2, Plaza The Exchange TRX.
Kredit Foto: IG Warung Eropa, lavienenrose, rahimirosli
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar