Laman Utama

#FoodiesLife: Cepat Mengantuk Masa WFH? Ini 5 Minuman & Makanan Yang Buat Korang Rasa Segar

Zulaikha Yusof
04/07/2021
11:30 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: Cepat Mengantuk Masa WFH? Ini 5 Minuman & Makanan Yang Buat Korang Rasa Segar
Kerajaan telah mengumumkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Ini juga bermaksud, pekerja selain daripada Essential Services masih kekal bekerja dari rumah atau work from home (WFH).
Semestinya tubuh badan akan mudah letih dan lemau kerana setiap hari kita bekerja dalam persekitaran yang sama. Lantaran itu, kita perlu persiapkan diri untuk kekal cergas dan bertenaga.
Kopi sering dijadikan pilihan untuk tambah tenaga dan hilangkan rasa mengantuk. Tetapi sebenarnya ramai yang tak tahu ada beberapa lagi minuman dan makanan yang boleh diambil.
Antaranya adalah:
1. Teh
Pilihan terbaik selain kopi ialah teh hijau. Kandungan kafeinnya kurang sedikit berbanding kopi selain mengandungi antioksidannya yang tinggi lantas menjadikan teh hijau ini menjadi pilihan terbaik.
2. Air Putih
Cara paling mudah untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi yang secara tidak langsung membuatkan kita rasa letih dan mengantuk adalah dengan mengambil air putih. Baru kulit akan nampak terus bermaya.
3. Coklat
Bukan semua jenis coklat berhasil. Pilihan paling tepat adalah coklat gelap atau dikenali dengan dark chocolate kerana ia mengandungi koko yang lebih berbanding coklat biasa. Coklat gelap juga mengandungi kandungan kafein yang tinggi.
4. Pisang
Kandungan potassium yang tinggi dalam buah pisang boleh menambahkan kepekaan anda. Bukan itu sahaja, buah ini juga dapat meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.
Selain itu, kismis, prun dan buah pir juga merupakan sumber potassium yang baik.
5. Minuman Tenaga
Minuman tenaga yang berada di pasaran mempunyai kandungan kafein dan asid amino taurine yang tinggi. Jadi, kalau badan rasa lemah dan tak bersemangat, boleh cuba mengikut citara tekak masing-masing.
Sumber Foto: Google
***
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar