Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#FOODIESLIFE: Pizza Dengan Topping Daging Ular Diperkenalkan Di Hong Kong

Izwan Isa 13/11/2023 | 14:55 MYT
Pelik, tapi benar! Jenama pizza terkemuka, Pizza Hut memperkenalkan menu pizza eksentrik dengan topping daging ular khusus untuk pasaran Hong Kong.
Tawaran baharu ini menggabungkan daging ular yang dicarik, cendawan hitam dan ham kering Cina.

BERITA TRENDING: 5 Sebab Kita Berpotensi Dipatuk Ular

Kesemuanya bahan-bahan di atas sering digunakan dalam sup ular tulen dan merupakan sebahagian daripada gaya pemasaran francais restoran makanan segera tersebut untuk menarik perhatian pengguna dalam talian di Hong Kong.
“Dipadankan dengan keju dan potongan ayam dadu, daging ular menjadi lebih kaya pada rasanya,” ujar Pizza Hut Hong Kong dalam sebuah kenyataan.
Untuk rekod, ramai yang percaya bahwa daging ular memiliki khasiat memulihkan kesihatan badan, memperbaiki kulit dan berfungsi memanaskan badan.

BERITA TRENDING: Selepas Semut, Ular Spesis Baru Di Peru Diberi Nama Sempena Harrison Ford

Budaya masakan yang menggunakan daging ular popular dalam kalangan penduduk di Asia Tenggara, seperti Vietnam dan Thailand.
Sumber: Okezone
#Ular #Pizza
;