Hiburan
Fuad Rahman Nafi Back Up Aliff Aziz - “Bab Skandal Aku Tak Masuk Campur”
Penyanyi, Fuad Rahman, meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan artis kurang senang melihat Aliff Aziz meneruskan kerjaya seni disebabkan kontroversi yang menimpanya.
Tak masuk campur hal peribadi Aliff Aziz
Fuad meluahkan perkara itu menerusi temu bual bersama What?! Podcast.Sg baru baru ini.
“Aku mengamuk sebab ada satu hamba Allah ini, dia artis Singapura tapi aku tak nak cakap siapa. Dia ada komen dekat Aliff, ‘buat onar sampai 11 kali tapi tetap ada yang panggil buat show’.
“Bagi aku orang macam ni baru betul-betul hipokrit bagi aku, tak boleh cakap macam tu. Itu kira rezeki masing-masing,” ujarnya.
Tak bandingkan kerjaya dan masalah peribadi
Dalam pada itu, Fuad juga berpendapat tidak adil untuk membanding atau mengaitkan masalah peribadi seseorang dengan kerjaya mereka.
“Kebanyakkan netizen ingat aku backing Aliff disebabkan skandal. Itu dia punya pasal, personal life dia.
“Jangan samakan personal dengan kerjaya. Aku cakap memang aku back up (bab kerjaya) sebab dia satu-satunya orang Singapura.
“Tapi bab bab pasal dia punya skandal ke apa aku tak masuk campur,” jelasnya.
undefined
Sebelum ini, isteri Fuad, Tom mendedahkan Sarah pernah menghubungi suaminya menerusi Instagram sejak 2022.
Menerusi perkongsian paparan skrin mesej itu terlihat ada nombor telefon Sarah sehingga menyebabkan wanita itu mahu mengambil tindakan undang-undang terharap Tom.
Fuad Rahman sebelum ini tampil menjelaskan dia tidak mengenali Sarah dan memberitahu dia enggan mencampuri urusan peribadi Aliff biarpun pernah membantu penyanyi itu dari segi persembahan.
BERITA TRENDING: Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
BERITA TRENDING: Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Untuk info, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Disebabkan itu, kedua-duanya menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.
Bagaimanapun, muncul pula individu dari Singapura yang mendakwa turut bergelar kekasih Aliff dan membuat pendedahan dengan berkongsi tangkap layar perbualan antara Aliff dan NRF yang didakwa sebagai Ruhainies.
BERITA TRENDING: "Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Terbaharu, Ruhainies mengakui dia tidak lagi berhubungan Aliff Aziz selepas kontroversi melibatkan dirinya dengan rumah tangga aktor tersebut.
Mahu memulakan kehidupan baharu, Ruhainies memberitahu dia tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut dan hanya mahu memfokuskan kerjaya seninya sekarang.