Hiburan
“Fuh! ‘Starstruck’ Terserempak Dengan Maya Karin Tadi!” – Sempoi, Pergi Majlis Anugerah Pun Make-Up Minimalis!
Penampilan sederhana Maya Karin di stesen pengangkutan awam LRT menjadi tumpuan peminat yang rata-ratanya memuji kecantikan semulajadi dimiliki pelakon tersebut.
Ada juga yang terkejut apabila terserempak dengan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu di stesen LRT Masjid Jamek.
Di ruangan komen, pengikut IG Maya memuji gaya sederhananya yang tetap kelihatan anggun walaupun mengenakan solekan nipis.
Semalam, Maya berkongsi fotonya menaiki MRT di laman sosial Instagram (IG), ketika sedang menuju ke Masjid Jamek untuk menghadiri Majlis Malam Anugerah River of Live (ROL) bersama Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan Haji Khalid Abd. Samad.
Malam Anugerah River of Life 2019 adalah bagi meraikan dan memberi anugerah kepada komuniti, institusi pendidikan, industri korporat dan pemaju, orang awam yang merangkumi organisasi bukan kerajaan atau syarikat bukan berkeuntungan NGO dan individu serta media yang banyak menyumpang kepada project ROL sejak tahun 2017.
Dalam pada itu, ketika dihubungi Gempak, Maya berkata dia selesa menggunakan pengangkutan awam dan itu merupakan inisiatif untuk mengurangkan penggunaan petrol.
“Sebenarnya sebelum ini pun Maya selesa guna train untuk ke mana-mana. Selain menjimatkan masa, kos pun dapat dikurangkan.
“Yang paling penting, naik train boleh kurangkan penggunaan petrol yang kita semua tahu ia salah satu punca pencemaran udara.
“Jadi, apa salahnya kita menyokong kempen sayangi alam sekitar dengan menggunakan inisiatif macam ni,” katanya.
Maya baru-baru ini dilantik sebagai duta ROL oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula awal tahun ini.
Pelakon Munafik 2 itu juga menyifatkan pelantikannya sebagai duta ikon River of Life (ROL) bukan sesuatu yang suka-suka dengan hanya bersandarkan kepada paras rupa yang cantik semata-mata.
Sebaliknya pelakon menerima tanggungjawab berkenaan untuk mengajak masyarakat bersama-sama memelihara dan menjaga sungai-sungai daripada diperlakukan seperti tong sampah.