Laman Utama

Gagal Lepaskan Diri Dari Kawalan Bapa, Britney Spears & Sam Asghari Segera Kahwin

Maliah Surip
03/07/2021
06:19 MYT
Sponsor Banner
Gagal Lepaskan Diri Dari Kawalan Bapa, Britney Spears & Sam Asghari Segera Kahwin
Keputusan mahkamah yang masih tetap dengan keputusan, Jamie Spears sebagai penjaga kebajikannya baru baru ini tidak mematahkan semangat Britney Spears untuk meneruskan impian hidupnya.
Spears sebelum ini membuat rayuan untuk mengenepikan Jamie sebagai penjaga hidup dan hartanya selama lebih 10 tahun dengan alasan pencabulan hak penjagaan.
Pencabulan yang dilakukan dakwa Spears termasuklah menghalang dirinya mempunyai hubungan peribadi serta memasang alat cegah hamil bagi menghalang bintang pop untuk hamil sekaligus memiliki anak apabila berkahwin.
Biar selepas keputusan yang diterima tidak berpihak kepadanya, Spears dilaporkan akan tetap berkahwin dengan pasangannya, Sam Asghari.
Menurut laporan People, penyanyi berumur 39 tahun itu bukan sahaja ingin berkahwin tetapi merancang memiliki anak bersama model berusia 27 tahun tersebut.
"Asghari sudah bersedia berkahwin dengan Spears. Mereka serius terhadap hubungan yang dijalin.
"Spears juga mahu melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka dan membina keluarga bersama seperti yang diimpikan."
Spears sebelum ini buat pertama kali bersuara di mahkamah (secara virtual) mendakwa dirinya sudah tidak larat hidup seperti seorang hamba yang dikawal kebebasan termasuk kewangan yang merupakan hasil usahanya oleh bapa sendiri yang dilantik sebagai konservator atau penjaga.
Lantaran itu dia merayu ke mahkamah untuk menguruskan kehidupan yang katanya sempat diberi 'dadah' dan dipaksa mendapatkan rawatan pesakit mental.
Meski demikian, permintaan tersebut ditolak.
Permintaan konservator untuk mengetepikan segera James Spears dan melantik Bessemer Trust Company of California sebagai satu-satunya penjaga harta Britney Spears ditolak tanpa prejudis,” kata Hakim Brenda Penny dalam pengadilannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar