Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Gara-Gara Kereta Keluar Simpang Secara Melulu, Pelajar UiTM Maut Kemalangan

Gempak 24/06/2024 | 05:02 MYT
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka di sini, pada Ahad.

​BERITA TRENDING: Lelaki Maut, Bayi Tujuh Bulan Parah Terlibat Kemalangan Akibat Tayar Pecah

Kereta Tiba-Tiba Keluar Simpang

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kemalangan melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy.

BERITA TRENDING: Pasangan Kekasih Maut Akibat Kemalangan di Perak, Keluarga Jalankan Pernikahan Hantu

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, mangsa, Ahmad Imran Aiman Md Mubin, 23, beralamat di Felda Lepar Utara 1 yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari UiTM Jengka menghala ke bandar Jengka.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta telah keluar simpang di sebelah kanan secara melulu lalu dilanggar oleh motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus.

Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita, 64, dan anaknya berusia 24 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Jengka, katanya dalam kenyataan hari ini.

​BERITA TRENDING: Lelaki Maut Rempuh Lembu Terlepas Di Lebuh Raya

Jelas beliau, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

​BERITA TRENDING: Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

Sumber: AWANI
#Kemalangan #Berita #UiTM #Pelajar #Maut
;