Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Kes Jenayah Suami, Pelakon Menangis Terpaksa Pinjam Duit

Maliah Surip 27/10/2024 | 14:55 MYT
Pelakon Sandra Dewi memaklum berdepan kesukaran sepanjang kes berkaitan jenayah rasuah suaminya, Harvey Moeis yang merugikan Indonesia berada di bawah siasatan dan berlangsung di mahkamah.
Hal ini termasuk soal dirinya tidak dapat membuat pengeluaran wang daripada akaun bank yang telah disekat pihak berkuasa.
Sandra Dewi malah menangis saat menceritakan bagaimana dirinya harus meminjam wang daripada ahli keluarga termasuk ibu dan bapa serta adik beradik.
Sementelah suaminya juga masih di dalam tahanan pihak berkuasa.
Justeru dia juga merayu agar pihak berkuasa tidak lagi menyekat bank kerana menurutnya wang yang terdapat di dalam akaun tersebut tidak ada kena mengena dengan wang rasuah yang didakwa diterima suaminya.

“Jadi sebenarnya sebagai duta saya menyimpan wang sendiri termasuk kempen yang dijalan dengan Walt Disney Asia Tenggara sewaktu belum berkahwin.

“Kemudian selepas berkahwin saya menjadi duta untuk sebuah bank dan anak juga mendapat banyak tawaran untuk ikut serta.
“Wangnya semua disimpan dalam bank ini. Tapi setelah disekat saya tidak dapat menggunakan wang saya. Saya sampai perlu meminjam kepada orang, ahli keluarga,” jelas Sandra Dewi sewaktu menjadi saksi kes rasuah suaminya seperti dilaporkan Detik.com.
Permohonan Sandra Dewi untuk meluluskan banknya daripada disekat akan dipertimbangkan pihak berkuasa.

BERITA TRENDING: "Nyanyilah Berkali-Kali, Saya Tiada Masalah" - Ernie Zakri Steady Bella Astillah Sering Nyanyi Lagu Masing-Masing

BERITA TRENDING: “Semoga Tok Ditempatkan Di Kalangan Orang Beriman” - Nenek Elisya Sandha Meninggal Dunia Pada Usia 99 Tahun

BERITA TRENDING: Zila Bakarin Tak Pernah Menyesal Jadi Seksi - "Kalau Tahu Dari Dulu Saya Dah..."

BERITA TRENDING: Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara

#Suami #Isteri #Jenayah #Duit #Pinjam
;