Berita
Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Diancam Hukuman Penjara
Kejadian itu berlaku di sebuah kelab malam bawah tanah di wilayah Astrakhan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menyerbu dan memaksa empat individu terbabit dan mengancam mereka dengan hukuman penjara.
Kejadian berlaku ketika penganjur meminta dua lelaki dan dua wanita pergi ke hadapan kelab dan mereka mula menanggalkan pakaian masing-masing.
Satu rakaman video menunjukkan tiga daripada mereka gelisah berbogel, manakala seorang wanita berusia 22 tahun gembira menanggalkan pakaian untuk mendapatkan peluang memenangi iPhone.
BERITA TRENDING: Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih
BERITA TRENDING: Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...
BERITA TRENDING:Gara-Gara Potong Kenderaan Polis, Lelaki Teruk Ditampar
BERITA TRENDING: Disangka Mati, Isteri Terkejut Suami Pulang Ke Rumah
Pihak berkuasa menahan empat orang yang tidak berpakaian itu dan beberapa individu lain yang membantu mengatur acara tersebut.
Seorang wanita berkenaan terpaksa membuat permohonan maaf di hadapan pengunjung kelab.
“Saya sangat menyesal atas apa yang saya lakukan...
“Saya sangat menyesal atas apa yang saya lakukan. Perbuatan saya adalah tidak bermoral dan tidak normal sama sekali. Saya sangat malu kerana saya melakukannya,” katanya.
Sumber: Kosmo!