Laman Utama
Gara-Gara Trend ‘Nicest/Rudest Celebrities’ Di Twitter, Anna Jobling Risau Jika Tak Balas Lambaian Peminat
Sejak minggu lalu, trend ‘nicest and rudest celebrities’ yang melibatkan artis-artis tempatan banyak diperkatakan, khususnya pengguna laman sosial Twitter.
Menerusi trend tersebut, netizen meletakkan dua keping gambar selebriti, dengan gambar selebriti ‘nice’ di sebelah kanan manakala selebriti ‘rude’ pula sebelah kiri.
Bagi pelakon Anna Jobling, dia berasa senang melihat gambarnya berada di bahagian ‘nice’. Namun, dramatis yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu berkata, dia bimbang juga sekiranya dia pernah mengecewakan hati segelintir peminat.
BACA: Mahu Berlaku Adil, Anna Jobling Anjur Rumah Terbuka Di Jakarta - "Tak Timbul Isu Pilih Kasih..."
“Setakat ini, nama saya berada di kiri. Tapi takut juga kalau saya tak perasan bila ada orang pernah lambai tangan kepada saya. Mungkin saya tak pakai cermain mata.
“Sungguhpun saya sedih, penat atau takda mood, saya tetap ok dan cakap yes kalau peminat nak bergambar. Bagi saya, mudah cerita buruk akan tersebar kalau kita tak layan seseorang dengan baik,” katanya.
nicest one. last year. i thought celeb yang cantik2 ni sombong. dgn i pulak gila selekeh time tu HAHAHA tak berani nak tegur at first. tapi dah depan mata kan ? but dangg dia ni dah lah cantik gilaaaaaaaaa, friendly pulak tu. siap berborak itu ini. - ANNA JOBLING - ? https://t.co/r6t9v3iIat pic.twitter.com/zFKNgxqOle
— ms tinkerbell ?? (@natashaaarzlee) May 31, 2023
Dalam pada itu, Anna berpendapat yang trend berkenaan seperti membuka aib seseorang artis.
“Artis juga manusia biasa yang ada perasaan. Kalaulah peminat ada masalah dengan artis, lebih molek jika simpan sendiri. Tak perlu fitnah mereka sehingga buat orang lain benci.
“Bagi saya, setiap orang akan ada bad day. Mungkin peminat bertemu dengan artis berkenaan ketika mereka sedang penat atau takda mood,” katanya lagi.
Sebelum menutup perbualan, Anna memberitahu yang dia akan sentiasa memastikan namanya bersih daripada sebarang kontroversi.
“Saya tak pernah buat masalah dengan sesiapa… saya tak kacau orang sebab saya hanya fokus kerja. Kalau tak kerja saya tidur,” tutupnya.