Gaun Telanjang Tipis Dominasi Fesyen Karpet Merah Grammy 2025
Anugerah berprestij, Grammy yang ke-67 yang diadakan di Crypto.com Arena, Los Angeles berlangsung dengan meriah pada Ahad lalu.
Bagaimanapun antara yang menyorot perhatian adalah acara karpet merah Grammy yang menampilkan ramai artis-artis Hollywood berpakaian separuh bogel dan pelik.
Berikut merupakan antara artis yang mengenakan pakaian ‘daring’ semasa anugerah tersebut:
1. Miley Cyrus
Miley Cyrus yang terkenal dengan lagu The Climb memperagakan pakaian serba hitam semasa acara karpet merah. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah baju jenis ‘see-through’ yang dipakai oleh Miley memperlihatkan seluar dalamnya yang berwarna hitam.
2. Chrissy Teigen
Personaliti televisyen dan model, Chrissy Teigen tampil dengan pakaian seksi berwarna perak berserta mantel yang menampakkan keseluhan kaki dan lurah pada bahagian dada.
3. Madison Beer
Penyanyi, Madison Beer tampil ‘berani’ dengan memperagakan baju jarang yang memperlihatkan bahagian dadanya.
4. Sabrina Carpenter
Pelantun lagu Espresso, Sabrina Carpenter mengenakan gaun sutera berona biru semasa acara karpet merah. Apa yang menarik tentang baju berkenaan adalah bahagian belakang yang terdedah sehingga menampakkan sedikit bahagian punggung Sabrina.
5. Bianca Censori
Pakaian separuh bogel bukanlah sesuatu yang asing lagi buat isteri kepada penyanyi rap, Kanye West iaitu Bianca Censori. Tampil paling ‘berani’, Bianca memperlihatkan keseluruhan tubuhnya apabila dia memperagakan pakaian jarang yang tidak menutup sebarang bahagian badan.
Pasangan tersebut bagaimanapun dihalang daripada menyertai acara tersebut selepas didakwa tidak mendapat sebarang jemputan ke anugerah berkenaan.
Terdahulu selebriti Kanye West mencuri perhatian dunia apabila tampil berpimpin tangan bersama isterinya yang tidak memakai baju tetapi menyarung sejenis ‘kain jarang’ sekaligus menampakkan alat sulitnya, ketika di majlis Grammy 2025.
Sumber Gambar: Getty Images